Halaman

Rabu, Oktober 17, 2012

TAKKAN LA PAS PUN NAK TIPU RAKYAT!!!


Alamak ai!!! Macam mana ni? Hari tu beria - ia sangat diorang kata yang diorang ni nak menjaga Kebajikan Rakyat. Sekarang, apa dah jadi?

Kenapa pulak tiba - tiba pakcik ni buat kenyataan dan menyalahkan pihak Rejim PAS Kelantan kerana GAGAL menjaga rakyat dan menipu secara terang - terangan?

Dan bukan ke selama ni puak - puak Parti Angguk Saja tu kata pemimpin diorang tak makan duit haram? Semua duit diorang bagi kat rakyat. Sekarang, apa cerita?

Kan Si Husam Kambing tu dah kata yang projek Ladang Rakyat ni adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. Sekarang apa dah jadi?

Mungkin inilah akibatnya kalau sukan sangat memburuk - burukkan usaha orang lain yang nak membantu rakyat. Sekarang dah kena batang hidung sendiri.

Kalau sebelum ni, diorang pertikaikan pasal Felda. Tapi hakikatnya, diorang sendiri pun tak mampu nak buat apa yang telah dilakukan oleh Felda. 

Pun lagi diorang nak kata Felda ni tak bagus ke? Memang sah la diorang ni jenis manusia yang tak sedar diri. Suka sangat tengok nyamuk diseberang laut. Bangkai Gajah mati depan mata pun tak mampu nak urus. Itu pun diorang tak sedar jugak ke!!!
"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UUMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).

Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan.

Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat.

Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.