Halaman

Sabtu, Disember 22, 2012

AMANAT HADI: KENAPA TAK NAK SAMAN???

Tak De Tindakan Sebab Dia Kuat Tido!!!
Itu satu persoalan jelas mengenai kemelut isu yang berkaitan dengan Amanat Hadi Awang yang dibuat pada tahun 1982. Isu tersebut bangkit akibat kesesatan yang nyata.

Bukan setakat sorang dua yang menjelaskan kesesatan tersebut, tapi beratus - ratus orang. Siap ada yang terkorban lagi angkara Amanat tersebut.

Mereka yang meninggal dunia tu menganggap diri mereka berjihad sedangkan hari ini, Amanat tersebut seolah - olah memakan tuannya sendiri.

Sampai hari ini, masih tidak ada respon daripada Presiden PAS. Yang ada pun dari kalangan pencacai - pencacai yang sekadar nak jaga nama mereka sendiri.

Kalau tak tolong 'cover line' isu ni, takut pulak nama diorang tak tersenarai dalam barisan calon Pilihan Raya yang akan datang. Tu pasal la diorang beria - ia 'backing'.

Namun, semua tu masih tak menjawab persoalan yang diajukan. Jika benar apa yang dinyatakan didalam media mengenai amanat tersebut tak benar, kenapa tak saman?

Bukan ke diorang senantiasa menganggap media arus perdana ni sebagai sebuah medium fitnah? Jadi, jika benar semua yang disampaikan mengenai isu tu fitnah, saman je la.

Apa lagi yang diorang tunggu? Nah!!! Dibawah ni ada dua orang saksi kepada Kesesatan Nyata yang disebabkan oleh amanat tersebut. Jadi, Hadi Awang boleh la ambik tindakan terhadap mereka. Jangan setakat pandai nafi je!!!
BESUT 21 Dis. - Imam Masjid Darau di sini, Mat Yah Abdullah Wahab, 68, yang berwajah tenang dan nada tutur katanya bersahaja merupakan saksi paling jelas terhadap kesan Amanat Haji Hadi sejak lebih tiga dekad lalu. 
Beliau memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu dalam situasi yang cukup sukar apabila sebahagian daripada penduduk di kawasannya antara yang paling taksub bermain politik tanpa dapat membezakan antara parti dan agama. 
''Apabila amanat itu mula menjadi pegangan, mereka mula menjauhkan masjid dan mendirikan solat Jumaat di bangunan yang dibina sendiri sedangkan kedudukan bangunan itu begitu hampir dengan masjid sedia ada. 
''Masjid menjadi lengang sehingga nak tunaikan solat Jumaat kena bilang orang. Saya bukan sahaja tidak diterima sebagai imam, malah orang macam saya yang dilantik oleh kerajaan juga tidak boleh memandi dan menyembahyangkan jenazah," ujarnya.
Manakala bagi Zakaria Daud 74, dari Kampung Awek Darau di sini mungkin salah seorang yang benar-benar kecewa dengan Pas setelah mensia-siakan sekian banyak masa dan tenaga sepanjang hidupnya untuk membantu parti itu. 
Beliau yang menjadi kader parti sejak usia belasan tahun berusaha mewujudkan dua buah premis yang digelarnya 'masjid' di kampung dengan memerah keringat membinanya di samping berusaha mengumpulkan derma untuk menyiapkannya agar penyokong Pas boleh solat berasingan termasuk solat Jumaat. 
Zakaria juga tukang sembelih bagi memastikan sembelihan halal setelah benar-benar diyakinkan oleh para pemimpin Pas dalam siri ceramah mereka tentang tahap keislaman dua parti Melayu yang bertentangan itu dan para penyokong mereka. 

1 ulasan:

  1. PENYOKONG PAS KENA MAKAN OBAT. INI OBAT UNTOK MENYEGARKAN OTAK. SEKIAN TK.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.