Halaman

Jumaat, Disember 21, 2012

DENDAM KESUMAT SESAT!!!


Jika selama hari ini, Semut bercerita pasal luahan hati penyokong - penyokong tegar PAS yang kecewa dengan perjuangan parti tu, orang tak percaya.

Hakikatnya, memang dah ramai penyokong - penyokong PAS sedar bahawa perjuangan parti tu dah menyimpang jauh dari matlamat asalnya.

Dan sekarang, semuanya dah terbukti. Bukan sahaja penyokong sahaja yang dah meluat dengan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Malah ahli dia sendiri pun dah menyampah.

Perkara ni pun bukannya baru berlaku dalam parti tersebut. Tapi ianya dah lama. Tinggal lagi, tak de orang yang berani nak bersuara. Takut sebab Bai'ah.

Namun, keadaan sekarang ni dah jauh berbeza. Kalau dulu, boleh la diorang nak takut - takutkan ahli dengan menjadikan Bai'ah tu sebagai alasan.

Sekarang dah tak boleh dah. Rakyat semua dah semakin bijak menilai. Dan mereka pun dah sedar bahawa PAS hanya merupakan sebuah parti Politik yang penuh dengan kebencian.

Sampaikan tahap Benci mereka tu membawa kepada Kesesatan yang nyata sehingga menyebabkan ramai diantara mereka yang terpesong akidah.

Malangnya, pemimpin PAS tu sendiri masih lagi tak mahu mengakui perkara tersebut. Malu gamaknya nak mengaku. Nanti, orang kata diorang ni ulama songsang pulak.

Dah memang itu hakikatnya, nak buat macam mana. Memang diorang yang bawak fahaman songsang macam tu. Kenapa pulak nak salahkan orang lain?

Jadi, untuk apa lagi bagi kita yang tak de kaitan lansung dengan parti tu dan sekadar duduk diatas pagar masih mahu memberikan sokongan kepada parti tersebut? Tak mendatangkan faedah lansung. Buat mengabihkan masa je!!!
BESUT 20 Dis. - Ketika Hashim Deraman, 56, menjadi penyokong tegar Pas, kebencian terhadap UMNO meruap-ruap dan darahnya bagaikan menyirap apabila soal kebaikan UMNO dan kerajaan didengarinya. 
Disebabkan taksub, dia juga membayangkan emosinya terganggu setiap apabila melihat bendera atau lambang UMNO dan Barisan Nasional (BN) di depan mata yang dianggapnya penghalang terhadap perjuangan jihad Pas untuk menegakkan sebuah negara Islam. 
''Saya tidak boleh tengok. Ada ketikanya saya kerah budak-budak untuk membuangkan dan saya akan bergalang-ganti menghalang sebarang cubaan untuk menampal atau mengantung bendera atau lambang parti UMNO dan Barisan Nasional," ujarnya. 
Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menceritakan Amanat Haji Hadi mengukuhkan sokongannya kepada Pas namun akhirnya dia beransur-ansur menyedari ikutan secara membuta-tuli itu suatu yang sia-sia berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak- tanduk para pemimpin Pas.

1 ulasan:

  1. DIDALAM DENDAM ADA NERAKA.DIDALAM IKHLAS ADA SYURGA.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.