Siapa yang ada kalender ni? kalau ada lebih, meh nak satu. Jika kita lihat dari sudut Islam, penyampaian didalam kalender ni memang tepat dan Benar.
Larangan - larangan yang dipaparkan didalam kalender itu memang cukup jelas. Semuanya perkara - perkara yang ditegah didalam Islam.
Tapi yang herannya, kenapa pulak puak - puak Parti Angguk Saja ni nak ketar lutut dengan penyebaran kalender tu? Takkan dengan kalender pun diorang dah takut?
Itu belum berdepan dengan manusia lagi, dah mula kerandut diorang kecut. Walhal, apa yang dipaparkan didalam kalender tu memang dituntut didalam Islam.
Kecuali sekolah jenis kebangsaan tu la kan. Yang lain semua menyeru kepada syariat Islam. Jadi, kenapa pulak puak - puak yang mengaku kata pejuang Islam ni nak bantah?
Cuba tengok betul - betul imej yang dipaparkan dalam kalender tu. Semuanya larangan - larangan yang dinyatakan jelas dalam Islam.
Jangan minum arak, jangan melakukan maksiat, jangan berjudi, jangan
Bukan ke selama hari ini puak - puak Parti Angguk Saja tu jugak yang dok beria mendabik dada kata diorang dah berjaya mentarbiyah golongan Bukan Islam?
Nah!!! Sekarang, kenapa pulak diorang nak takut? Inilah masalahnya jika mereka hanya setakat tahu nak bercakap je. Tapi, bila suruh buat diorang tak reti.
Selama hari ini, penjelasan mengenai Hukum Hudud tu didesak agar diberikan kepada rakyat. Terutama kepada bukan Islam agar mereka faham.
Tapi, sampai hari ini, PAS masih GAGAL untuk berbuat demikian. Bila soal tu dibangkitkan, diorang kata buku penjelasan dalam proses nak buat.
Sampai bila nak habis? Dah bertahun - tahun dah orang desak suruh buat. Takkan la sampai hari ni pun masih tak siap - siap lagi. Apa ke lembab sangat diorang ni!!!
Soalan seperti itu pernah diajukan kepada seorang pemimpin PAS dulu. Namun, jawapan yang diberikan memang sungguh tak masuk akal.
Bila ditanya, kenapa isu Hukum Hudud ni tak dijelaskan kepada rakyat? Jawapan yang diberikan, "Takut nanti hilang modal Politik". Itu je alasan diorang.
Jadi sekarang, tak payah la diorang nak sibuk - sibuk buat bantahan yang bukan - bukan. Dah semua ni pun bukannya salah orang lain. Salah diorang sendiri jugak. Bila dah kena atas batang hidung, tak nak mengaku. Nak salahkan orang lain menda kejadahnya!!!
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013.Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.“Dewan Pemuda Pas Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.