Halaman

Isnin, Disember 31, 2012

DIKENCING LELAKI MAT SALLEH!!!


Perkenalan singkat seorang remaja dengan lelaki mat saleh melalui laman sosial menyebabkan dia menanggung kerugian apabila wang berjumlah RM5,040 yang disimpan sekian lama dilesapkan lelaki berkenaan.

Difahamkan, mangsa, Syamil Apendy, 23, dari Masjid Tanah mula mengenali mat saleh yang dikatakan berminat dengan keindahan alam negara ini.

Dalam perkenalan itu, mat saleh itu turut menyatakan hasrat untuk melancong ke negara ini seorang diri dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 pagi Ahad lalu.

Syamil berkata, sebaik tiba di terminal, lelaki itu menghubunginya dan memaklumkan dia ditahan Jabatan Kastam selain kehabisan kredit prabayar untuk menghubungi ibunya yang berada di Amerika Syarikat.

"Dia meminta saya menambah kad nilai prabayar berjumlah RM20. Dia ditahan kerana disyaki membawa masuk wang haram berjumlah USD97,000,00.

"Bagi mengelak dirinya ditahan, dia meminta saya memasukkan sejumlah wang tunai RM29,000 sebagai bayaran untuk pelepasan pihak kastam," katanya, dekat sini.

Dakwanya, lelaki terbabit merayu supaya membantunya dan meminta wang berkenaan dimasukkan segera ke dalam akaun Maybank milik seorang wanita bernama Mazmi Mat Aji.

“Saya nyatakan kepadanya bahawa saya tiada wang sebanyak itu namun atas perasaan simpati saya masukkan RM700 dalam akaun yang diberi kira-kira 11.30 pagi hari kejadian.

"Bagaimanapun jumlah itu masih tidak mencukupi dan saya diminta memasukkan sejumlah lagi wang ke dalam akaun yang dimaksudkan dengan segera. 

"Tanpa berfikir panjang, sejam selepas itu saya pergi ke Pekan Masjid Tanah dan memasukkan wang berjumlah RM4,340 ke dalam akaun sama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Selepas lima hari berlalu, Syamil cuba hubungi lelaki berkenaan yang masih ditahan di lapangan terbang KLIA yang turut menyatakan akan dihubungi seorang wanita dipercayai pegawai kastam.

“Wanita berkenaan kemudian menyuruh saya balik jika enggan memasukkan wang selebihnya dan meminta saya lupakan sahaja niat membantu lelaki terbabit yang masih ditahan.

“Saya rasa seperti ada yang tak kena sebelum memaklumkan kepada keluarga mengenai kejadian,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.


Ps: Nasib baik la dia kena kencing dengan lelaki dari luar Negara. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan tu. Diorang hidup - hidup kena kencing dengan Si Ketua Penipu tu!!!

2 ulasan:

  1. aduiii.jangan lah jadikan aku dan orang lain jadi bodoh seperti mamat sengal perasan nak berkawan dgn mat salleh celup yg sebnarnya adalah negro sakai dari afrika sperti ini sesungguhnya negro sakai ini ada membela bohsia2 melayu yg sanggap seks batang hitam ditoron jubur...aduiiiii..sengal!

    BalasPadam
  2. Memang tahap bangang bodoh x leh diajau. Bukan x penah kuar paper berita macam ni, pun masih boleh kena tipu gak. Mmg sial bodoh bangang. Geram tol aku dibuatnya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.