Halaman

Rabu, Disember 26, 2012

EDISI SERAM: KAMPUNG MANA LEBIH BERHANTU???

Tak lama lagi, ada sebuah filem terbaru yang diarahkan oleh Pengarah Tersohor, Mamat Khalid berkaitan dengan Kampung Pisang.

Kalau mula - mula dulu, ceritanya mengenai Zombie yang menyerang kampung tersebut. Kemudian timbul pulak cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kali ini, ianya mengisahkan pasal Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Apa pulak ceritanya kali ini? Tu korang kena tunggu dan tengok sendiri dipawagam.

Namun, malangnya, cerita kat bawah ni bukan la satu filem arahan Mamat Khalid atau mana - mana pengarah lain di Malaysia. Tapi ianya hasil kerja tangan makhluk lain.

Kalau nak dibandingkan diantara dua cerita pasal Kampung ni, rasanya cerita pasal kampung yang kat bawah ni lagi berhantu sebab ianya menghantui orang yang buat cerita tu. 

Memang kejam beb. Kejam yang amat sangat. Sampai tak sanggup Semut nak baca habis. Ladi, korang layan la cerita kat bawah ni ye. Jangan ada yang sampai tak tido malam sudah la!!!
Seperti dijangka, isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, merupakan salah satu isu besar yang memeningkan kepala Lim Guan Eng DAP.


Isu ini sebenarnya masih menjadi ingatan yang sangat memedihkan kaum India di Pulau Pinang dan juga rakyat secara amnya.

MiM ungkitkan kembali isu yang memalukan Pakatan Pembangkang kerana Lim Guan Eng dilihat cuba menyembunyikan beberapa perkara utama yang berlaku sebelum Kampung Buah Pala dirobohkan. 



Kenyataan terbaru beliau tentang isu Kampung Buah Pala ini disiarkan dalam media THE EDGE bertajuk Interview Guan Eng on hurdles in Ruling Penang. bertarikh 17 Disember 2012.


Di antara yang dinyatakan oleh Anak Lim Kit Siang itu adalah di printscreen di bawah :



Yang gagal diketengahkan oleh wartawan THE EDGE dan tidak dibicarakan oleh Setiausaha Agung DAP itu ialah janji-janji palsu Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan pembangkang Pulau Pinang yang kononnya mahu mengekalkan Kampung Buah Pala sebagai kampung tradisi kaum Imdia dan bukannya kawasan perumahan batu-bata. - sambung baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.