Halaman

Ahad, Disember 30, 2012

KAHAK HIJAU KANTOI TAK PUASA!!!


Hahaha!!! Akhirnya kantoi jugak puak - puak Kahak Hijau ni. Sebelum ni, diorang kantoi minum air mineral kat Dataran Merdeka. Tapi, Semut malas la nak bising - bising.

Kali ni, diorang dah kantoi makan pulak. Kononnya nak buat Mogok Lapar selama 100 hari. Sekarang, dah kantoi ni, macam mana pulak diorang nak jawab?


Dah mengalahkan orang yang berpuasa pulak dah gaya diorang ni. Makan pun terpaksa menyorok - nyorok. Mengalahkan budak - budak kecik.

Sekarang dah terbukti bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni jelas memang suka menipu rakyat sampai makan pun terpaksa main sembunyi - sembunyi. Itu pun rakyat masih nak percaya lagi dengan diorang ke!!!
Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka. 
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam. 
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. 
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit. 
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka. 
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka. 
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan. 
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013. 
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini). - Sambung baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.