Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.
Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.
Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.
"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.
Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.
Ketika itu Khalid Samad dengan lancangnya telah menghina Zulkifli Noordin dan menyifatkannya sebagai mempunyai mentaliti UMNO semata-mata kerana dia menentang penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja.
Malah Khalid Samad mencabar Zulkifli Noordin untuk keluar PKR dan masuk UMNO kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR yang menyokong penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja.
Nah, sekarang Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, orang kuat PAS sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Zulkifli Noordin pada 2010 dahulu.
Aku tengah tunggu, bila agaknya Khalid Samad akan mengutuk Tuan Ibrahim sebagai mempunyai mentaliti UMNO?
Bila agaknya Khalid Samad akan mencabar Tuan Ibrahim untuk keluar PAS kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam?
Cepatlah Khalid! Dulu dengan Zulkifli Noordin bukan main celupar lagi. Kalau kau betul-betul percaya dengan kenyataan asal kau dulu, tunggu apa lagi? Pergilah belasah Tuan Ibrahim Tuan Man! - SUMBER
Ps: Korang percaya la. Lepas je habis mesyuarat 'tergempar' yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu nanti, pendirian Pak Berahim tu pun akan berubah.
Jangan - jangan, lepas habis je mesyuarat tu nanti, dengan Pak Berahim sekali terpengaruh. Lagi pun, diorang ni bukannya boleh percaya sangat!!! Maklum la, Penipu la katakan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.