Halaman

Isnin, Disember 31, 2012

LAYAN 60 PELANGGAN SEHARI!!!



KUALA LUMPUR - Seramai 10 pelacur mampu melayan 60 pelanggan dalam sehari sekaligus mendedahkan betapa larisnya sindiket pelacuran yang premisnya diserbu di Laman Rimbunan Kepong, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan oleh Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman yang diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais, pada jam 10.30 malam itu, sindiket terbabit didapati menggunakan gadis-gadis warga asing berusia di antara 20 tahun hingga 28 tahun.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini, sindiket itu beroperasi di sebuah rumah di Metro Prima Kepong dengan kelengkapan empat bilik khidmat seks.

Katanya, bagaimanapun, berkemungkinan sambutan pelanggan menggalakkan, sindiket tersebut mengembangkan perniagaan tidak bermoral itu ke premis kedai dengan kemudahan lapan bilik.

Tidak cukup dengan itu, premis itu juga turut menyediakan kemudahan asramanya untuk pelacur yang ditempatkan  di tingkat dua, sementara bilik-bilik pelacuran di tingkat satu.

“Hasil daripada serbuan ke atas premis itu, sembilan pelacur iaitu lima warga China, dua Thailand dan dua Vietnam ditahan.

“Turut ditahan ketika serbuan itu, seorang penjaga wanita dan tiga pelanggan warga tempatan,” katanya. Beliau berkata, ratusan stok kondom, termasuk yang terpakai turut ditemui.

Hasil risikan selama minggu itu juga, premis berkenaan dipercayai baru beroperasi sebulan. Kesemua ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bahagian Sentul untuk tindakan selanjutnya.

Ps: Pergh!!! Punya ramai pelanggan yang dilayan sehari. Sampai 60 orang. Jangan - jangan, warga tempatan yang ditahan tu termasuk mamat bawah ni kot. Mana la tau ye tak. Dia pun memang suka 'dilayan' macam tu kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.