Pergh!!! Punya hebat diorang ni main wayang ek. Nak tarik perhatian dan simpati dari rakyat punya pasal, terpaksa la diorang cipta kontroversi.
Tapi, kalau ye pun nak buat kontroversi, jangan la melampau - lampau. Ini tidak. Kalah Si Neelofa tu pulak dah gayanya. Yang bukan - bukan pulak dibuatnya.
Kalau dah tak laku tu, mengaku je la. Tak payah la nak buat kerja Haramjadah macam ni. Orang pun bukannya suka sangat dengan diorang.
Siapa yang suka beb kalau dah semuanya Kaki Penipu belaka? Jangan katakan rakyat, Si Neelofa tu pun benci dengan orang yang suka menipu macam ni. Kalau tak caya, cuba gi tanya dia. Tak gitu Lofa?
TEMERLOH - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Kampung Awah, di sini, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berlakunya kejadian menangkap dan mengikat tangan Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Noraza Muda di kampung itu.Pengerusinya JKKK Felda Kampung Awah, Asri Mohd Dahan berkata, beliau yakin pihaknya tidak menyentuh langsung individu terlibat apatah lagi mahu menangkap dan mengikat tangan Noraza seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam.Asri berkata, tidak ada langsung kekecohan berlaku sepanjang program Jelajah Oren Selamatkan Felda semasa mereka sampai di Felda Kampung Awah.“Kami berkumpul sekitar jam 10 pagi di pintu masuk kampung, semua pimpinan peringkat kampung ada. Lepas berbincang bersama penduduk kami benarkan mereka masuk kawasan kampung.“Jam 11 pagi kami beredar, tak lama kemudian kumpulan Jelajah Oren tiba dan mereka masuk ke kawasan kampung tanpa halangan dan meneruskan program mereka. Tiba-tiba hari ini (semalam) ada dakwaan mengatakan ada pihak tangkap Noraza dan ikattangannya, ini satu berita yang tidak betul,” katanya.“Kami kecewa dengan perkara ini dan minta pihak yang bertanggungjawab betulkan semula fakta mereka, itu sahaja,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.