Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2013 sebagai peruntukan mesra rakyat.
Menurutnya, perbelanjaan yang menumpukan kepada keperluan rakyat terutamanya kebersihan bandar, penyenggaraan dan penyediaan rumah mampu milik itu akan memanfaatkan warga kota khususnya.
"Bajet DBKL yang diluluskan kementerian itu banyak memberi penekanan terhadap isu-isu yang membawa kebaikan kepada warga kota terutama sekali rumah mampu milik.
"Cadangan itu juga saya telah sarankan kepada DBKL sejak sekian lama untuk melengkapkan usaha-usaha kerajaan, khususnya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program 'Jom Balik Ke Sekolah 2013' Telekom Malaysia (TM) Berhad di Menara TM di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi TM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie dan Naib Presiden Bahagian Komunikasi Korporat TM, Izlyn Ramli.
Menurut Raja Nong Chik, keperluan rumah terutamanya kepada orang ramai yang pertama kali mahu memiliki kediaman sendiri amat mendesak, khususnya di ibu negara.
"Kita memang kekurangan tanah, hanya DBKL yang boleh mencetuskan pembinaan itu dengan mengenal pasti kawasan yang sudah ada pembangunan dengan cara membangunkan semula," ujarnya.
Selasa lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib membentangkan belanjawan DBKL 2013 yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.188 bilion.
Sementara itu, sebanyak 500 pelajar sekitar Lembah Pantai menerima peralatan sekolah termasuk beg, set alat tulis, buku latihan sumbangan TM dan wang tunai RM50 daripada Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai.
Raja Nong Chik berkata, penganjuran majlis sumbangan peralatan persekolahan kali keempat bersama TM itu perlu dijadikan contoh buat syarikat korporat dan swasta lain untuk menyediakan keperluan kepada golongan kurang berkemampuan.
Dalam pada itu, Halim berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM16.7 juta tahun ini untuk biasiswa kepada pelajar universiti, sekolah menengah dan rendah.
"Kami juga mengadakan program sekolah angkat, membabitkan 12 sekolah di seluruh negara dan program motivasi melibatkan 6,473 pelajar dari 168 sekolah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bidang pendidikan," katanya.
Ps: Si Nurul Izzah tu setakat pandai hentam je. Tapi mengkala nak membantu, jangan harap la. Dia bukannya reti pun nak buat kerja. Kalau suruh menipu, pandai la dia!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.