Halaman

Sabtu, Disember 29, 2012

NIK AZIZ LELONG BARANG UNTUK POLITIK!!!


Hah!!! Kan orang dah cakap. Si Nik Aziz ni bukannya Ulama. Tapi dia ahli Politik yang sering mempergunakan agama sebagai alat untuk berpolitik.

Tengok aje la tindak tanduk dia selama hari ini. Semua yang dia buat hanya demi kepentingan Politik semata - mata. Bukannya untuk agama.

Kalau dikaji balik, semua fatwa songsang yang dia keluarkan selama hari ini pun hanya berbaur Politik semata - mata. Hala tuju dia pun untuk Politik.

Maknanya, Hidup dan Mati Si Nik Aziz ni adalah berdasarkan kepentingan Politik. Hidup dan Mati dia bukan kerana Allah S.W.T. Jauh sekali dia buat untuk rakyat.

Tapi, dalam masa yang sama dia dok bangga dengan mendabik dada kononnya parti dia memperjuangkan Kebajikan Rakyat. Dulu Negara Islam, sekarang dah tak de dah.

Itu pun hanya laungan dan slogan Politik semata - mata demi kepentingan diri sendiri. Bukannya untuk rakyat dan jauh sekali untuk agama.

Baru - baru ni Si Wali Terompah tu nak tunjuk baik la dengan melelongkan barang - barang peribadi milik dia sendiri. Dia lelong pun untuk kepentingan diri sendiri jugak.

Nak bagi orang nampak yang KONONnya dia tu istiqomah dalam perjuangan. Nak bagi orang tengok yang KONONnya dia tu zuhud sangat. Bukan ke semua tu tanda riak?

Untuk apa dia lelongkan barang - barang peribadi dia tu? Untuk menjana tabung parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Nah!!! Sekali lagi Si Nik Aziz tu mendahulukan Politik dari perkara - perkara lain. Kenapa selama ni dia tak nak pulak buat benda - benda macam tu?

Kenapa dia tak nak lelong harta peribadi milik dia untuk membina jalan raya yang dia sendiri suruh rakyat buat sedangkan dia sedar, modal untuk bina jalan tu cukup besar.

Korang bayangkan la. Si Nik Aziz ni nak suruh rakyat kumpul lebih kurang RM 18juta beb. Bukan sikit - sikit. Kalau setakat seringgit dua, tahan jugak la.

Tapi ada dia nak lelong harta dia untuk mengumpul dana bagi membina jalan tersebut? Ada dia nak kumpul dana bagi mengatasi masalah banjir di Kelantan?

Jawapannya tak de beb!!! Dia hanya akan lelong barang - barang milik peribadi dia untuk Politik semata - mata. Bukannya untuk berjihad. Itu yang digelarkan sebagai zuhud?

Waima dia lelong barang peribadi milik dia tu sekali pun, banyak mana sangat la dapatnya. Kenapa dia tak lelongkan sahaja tanah - tanah yang dia rampas dari rakyat tu?

Sampai hari ni, dia masih lagi enggan menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai tanah yang dimiliki oleh dia dan jugak isteri dia serta puak - puak kedarak dia.

Pun dia nak cakap orang lain menyelewengkan kuasa? Pun dia nak kata orang lain mengamalkan rasuah sedangkan dia sendiri bergelumang dengan perkara seumpama itu?

Sudah - sudah la!!! Bawak - bawak la sedar sikit diri tu. Umur pun dah lanjut. Jangan la asyik sangat nak mengikut nafsu. Tak ke mana der. 

Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung. Akhirnya nanti, yang rugi diri sendiri jugak. Bukannya orang lain. Tapi, jangan la sampai menyusahkan rakyat pulak!!! Nama je nak digelar ulama. Tapi perangai, Nauzubillah!!!
SEREMBAN :   Sebanyak lima barang peribadi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya dilelongkan pada Majlis Makan Malam anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan di Dewan Hotel City Kingdom dekat Taman AST di sini, semalam.
Lelongan tersebut diadakan bagi mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

2 ulasan:

  1. lelong barang untok pru13, gundu betol. untok mangsa banjir takde. untok lebohraya duit rakyat. TAK GUNA PUNYA NIK AJIS.

    BalasPadam
  2. Semuanya kerana kuasa.... kalau tidak Nik Aziz tentu dah turun dari takhta.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.