Halaman

Selasa, Disember 25, 2012

PERANGAI PAKATAN TU JUGAK YANG NAK DI IKUT!!!


La ish!!! Ada jugak yang masih nak ikut perangai puak - puak Haramjadah Pakatan Pembangkang tu ye? Ingatkan dah sedar dah.

Tapi, apa boleh buat. Itulah contoh buruk yang mampu dibawak oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Diorang bukannya ada perangai yang elok.

Semua perangai buruk - buruk belaka. Setakat pakai barang pinjam pun nak berlagak tak tentu arah. Lepas tu cakap tak serupa bikin. Sebijik macam biawak. Macam mana la orang tak suka dengan diorang!!!
SEBAIK saja artis ini melangkah keluar dari kereta mewahnya, kebanyakan mata kru produksi drama memandang kepadanya kerana mereka berasa kagum dengan penampilan dan gayanya pada hari itu. 
Bukan kerana wajahnya berubah atau rambutnya tiba-tiba diwarnakan merah, biru ataupun hijau tetapi dia melangkah keluar dengan bergaya sekali dari perut kenderaan mewah. 
Sebelum ini, artis ini tiada kereta dan kalau ada sebarang acara dia akan menaiki teksi atau mencari kawan-kawan untuk menghantarnya ke lokasi.  
SS tak kisah kalau artis itu datang ke lokasi naik basikal sekali pun kerana kita mestilah hidup atas kemampuan masing-masing. 
Kejujuran itu amat penting kerana kawan-kawan sedia menolong kalau kita bercakap benar. Janganlah cakap lain dan buat lain kerana lambat-laun orang akan tahu kebenaran. 

Maka kru pun bertanyalah kepadanya bawa kereta siapa? Jawab artis itu dengan rasa bangga dan teruja, katanya kereta itu bapanya yang belikan. 
Wah! anak orang kaya rupanya. Alhamdulillah, Allah SWT melapangkan rezeki kedua-dua ibu bapanya sehingga boleh membelikan kereta mewah kepada anak kesayangan mereka. 
Lega Pengurus Produksi, tak perlu lagi dia nak mengambil dan menghantarnya balik.

Adalah dua tiga hari dia memandu kereta itu. Dan setiap kali dia keluar dari kereta mahal itu, bukan main meleret lagi senyumannya. 
Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tup! Tup! kru produksi dengar ia adalah kereta pinjam. Ada orang cari pelakon itu di lokasi kerana mahukan keretanya semula.

Hah! terkedu artis itu, senyum meleret tadi dan bertukar jadi senyum pahit. Barang pinjam kenalah bagi balik. Sekarang terpaksalah dia berjalan kaki semula dan kembali menumpang kawan-kawan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.