Halaman

Isnin, Disember 24, 2012

SI KARPAL NI DENGKI RUPANYA!!!


Dah tak de sebab lain dah sebenarnya. Si Karpal ni dengki dengan pengiktirafan yang diterima oleh dua orang pemimpin DAPigs tu.

Mana tidak. Sepatutnya, pengiktirafan sedemikian wajar dberikan kepada dia terlebih dahulu sebelum orang lain layak untuk menerimanya.

Maklum la. Dia kan Pengerusi. Jadi, memang patut sangat la dia yang terlebih dahulu menerima pengiktirafan tersebut sebelum anggota lain dalam DAPigs.

Tapi, malangnya, tak de sapa pun yang nak bagi dia pengiktirafan sedemikian. Itu pasal la dia bangkitkan isu tersebut dan memberikan alasan yang bukan - bukan.

Kalau betul la dia berpegang teguh kepada perlembagaan parti, berani atau tidak dia nak ambik tindakan terhadap dua orang pemimpin DAPigs tu?

Berani ke dia nak pecat mereka berdua atau dia hanya sekadar tahu bercakap je? Kalau setakat tau bercakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sepatutnya mempertikaikan pengiktirafan yang diberikan Raja-raja Melayu kepada individu yang dikenalpasti sebagai layak, kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris. 
 
Menurutnya, rakyat Malaysia sentiasa menghormati kuasa tertinggi yang dipegang oleh Sultan yang jelas sekali tidak harus dicabar dan diingkari. 
 
Katanya lagi, jika Karpal yang sering dikaitkan dengan kenyataannya yang lantang itu cuba untuk menentang perkenan Sultan, beliau harus melepaskan kewarganegaraannya sebagai rakyat Malaysia.
 
"Negara ini mengamalkan demokrasi dan juga meletakkan kuasa raja-raja sebagai kuasa tertinggi,".
 
"Kita kena menghormati institusi raja-raja kerana gelaran Datuk dianugerahkan dari Sultan atas sebab tertentu kita harus terima.
 
"Kalau beliau sebagai ahli parlimen dan juga peguam yang sepatutnya lebih arif tentang undang-undang, tetapi tidak boleh menerima perkara ini baik beliau kembalikanlah kewarganegaraan beliau dan keluar dari Malaysia," katanya ketika dihubungi.
 
Dua pemimpin DAP bakal dikenakan tindakan disiplin apabila didakwa melanggar prinsip parti dengan bersetuju menerima anugerah 'Datuk' ketika tempoh perkhidmatan dalam parti.
 
Pemimpin tersebut adalah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
 
Karpal berkata, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen tidak dibenarkan menerima sebarang anugerah 'Datuk" daripada mana-mana pemerintah negeri.
 
Irwan selain itu menyifatkan kenyataan Karpal itu cukup untuk membuktikan DAP merupakan sebuah parti perkauman. 
 
"DAP terbukti merupakan parti yang bersifat rasis," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.