Halaman

Sabtu, Januari 05, 2013

AHLI POLITIK DITANGKAP SELEPAS MEROGOL!!!


Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.

Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.

Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.

Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.

Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.

Sementara itu, lima lelaki yang dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap pelajar berusia 23 tahun di New Delhi dibawa keluar dari mahkamah berikutan kebimbangan diserang penunjuk perasaan yang marah dengan mereka.

Semalam, suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, mengaku menarik keluar usus mangsa menggunakan tangannya, dedah kertas pertuduhan polis.

Suspek itu, dipercayai masih bawah umur dijangka akan dibicarakan secara berasingan, menjadi perogol paling kejam di antara kesemua suspek, termasuk mencadangkan gadis itu dicampak keluar dari bas tersebut selepas dirogol.


Ps: Mujur la tak de Ahli Politik Malaysia ni yang perangai macam ni ek. Tinggal lagi, kat Malaysia ni ada sekor je ahli Politik yang perangainya tak senonoh iaitu lelaki dalam gambar dibawah ni.

Mesti korang semua kenal kan.. kan...

3 ulasan:

  1. Sebenarnya bukan Bikram Singh Brahma yang merogol tetapi seorang yang serupa dengan dia.

    Ramai orang berkata orang yang merogol itu perut buncit tetapi Bikram perut nya tidak buncit.

    Bikram telah di fitnah oleh orang politik yang amat jahat.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama 8:14 - Macam pernah dengar pulak jawapan macam tu... tapi dimana ye??? hehehe...

    BalasPadam
  3. hehehehe...
    setuju sngt2 dgn kenyataan 8.14ptg di atas...
    mna ada sama wajah tu...
    itu bkn wajah sebenar dia...wajah dlm peti besi tk bule percaya laa...
    (tp org cakap PETI BESI tu septutnya naik unta klu hendak ke sana-sini...bukannya naik BESI yg bernama Mercedes tuuu....)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.