Halaman

Selasa, Januari 01, 2013

BILA HADI AWANG HINA CIKGU!!!


Hebat Presiden Parti Angguk Saja ni ye. Dia boleh dengan selamba badak je menghina orang sesuka hati dia secara terang - terangan macam tu.

Nampak sangat la yang dia memang suka memperlekehkan orang lain. Itu macam punya orang pun masih nak menggelar diri dia sebagai ulama ke?

Sebelum ini, Si Hadi Awang tu keluarkan kenyataan suruh CN Afghani duduk dan mengajar ABC pada budak - budak sekolah rendah je.

Kenyataan tu dikeluarkan sebab CN Afghani mempertikaikan amanat yang Si Hadi Awang tu keluarkan pada tahun 1980an dulu sehingga mengakibatkan ramai pengikut PAS sesat.

Disebabkan itulah, Si Hadi Awang tu kata, CN Afghani tu tak layak nak tegur dia. CN Afghani tu hanya layak mengajar sekolah rendah.

Bagi sesetengah orang, apa yang dinyatakan oleh Si Hadi Awang tu jelas menghina institusi perguruan. Apa, seorang guru tak boleh ke nak tegur pemimpin?

Apa maksum sangat Si Hadi Awang tu sampai dia lansung tak boleh nak ditegur oleh sesiapa pun? Dia hebat sangat ke? Dia bagus sangat ke?

Si Hadi Awang tu pun kena ingat. Dia tu setakat nelayan je. Kalau dia boleh suruh Cn Afghani tu kekal jadi Cikgu, jadi dia pun sepatutnya kekal jadi Nelayan je la. Tak payah la nak sibuk - sibuk jadi Presiden PAS!!!
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sewajarnya menilai seseorang melalui taraf pendidikan atau pekerjaannya. 
Sebaliknya Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, Abdul Hadi sepatutnya menilai seseorang itu melalui inti pati dan isi kandungan yang dizahirkan sama ada melalui ungkapan atau penulisan. 
“Jika dirasakan benar apa yang diungkapkan, maka kita harus menerimanya dan jika tidak, kita wajib menolaknya. 
“Dalam sejarah Islam, empat imam iaitu Abu Hanifah, Malik bin Anas, Al-Syafi’e dan Ahmad bin Hanbal bukannya lepasan universiti pun, tetapi tahap keilmuan mereka diiktiraf dan diterima pakai seluruh umat Islam sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

4 ulasan:

  1. Hadi Awang oiii....biasanya kalau bagi amanat ni....itu petanda org tu kira hujung-hujung nyawa dah....tapi entahlah Allah tu bagi peluang lagi untuk berubah tu....

    BalasPadam
  2. KALO LAYAN PAK HADI BOLEH SAKIT JIWA.

    BalasPadam
  3. Salam,jangan terlalu angkuh. Selalu la tunduk kebumi.

    BalasPadam
  4. Sewaktu saya bljr kitab adb2 menuntut ilmu,ada satu kata2 ulmk yg sy
    Igt, ilmu itu ade 3 tingkatan, tingkat pertama penuntut ilmu tu akan jadi takabbur,jdi kata guru sy jgn berhenti bljr,teruskn belajr ilmu agama hingga mencapai tingkat ke-2,yg mn tingkat ke 2 seorang penuntut ilmu itu akan jadj tawaduk,dan seterusnya tingkt ke3,seorg penuntut ilmu akan sedar bahawa dia tak tahu apa2.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.