Memang terkejut SS apabila mendengar seorang rakan beritahu ada seorang penyanyi yang dikenali ramai ini sudah memutuskan persahabatan dengan seorang produser album handalan.
Kenapa sampai begitu sekali? Rakan SS terbabit tidak pula memberitahu alasan punca sebenar mereka berpatah arang berkerat rotan.
Pelik juga kerana dulu mereka sangat rapat dan memang satu kepala. Semua rakan artis lama dalam industri tahu mengenai hubungan akrab mereka itu.
Melihat kepada ekspresi dan wajah rakan SS menyampaikan cerita, bunyinya memang serius dan dia juga tidak gemar dengan perkembangan itu.
Rakan SS terbabit masih tertanya-tanya mengapa perlu bersengketa sampai putus sahabat sedangkan nama mereka dulu memang dikenali sebagai orang-orang yang sangat kreatif dan berbakat.
Malah mereka selalu bekerjasama dalam konsert besar. Bukan itu saja, lagu nyanyian artis itu sendiri sudah bertaraf ‘evergreen’ dan 1Malaysia.
Kata rakan SS, dia hanya mengharapkan mereka berdua akan berbaik semula. Apapun, daripada gaya percakapannya, rakan SS dapat merasakan antara punca tidak bertegur sapa dan putus sahabat itu adalah bermotifkan wang. Itu yang tidak seronok sebab wang selalu membuatkan manusia bertelagah.
Sekalipun rakan SS itu cuba mencari jalan terbaik untuk mendamaikan mereka, dia seperti menghela nafas dan mengeluh kerana usaha mendamaikan mereka seperti mencurah air ke daun keladi.
Terbit pula rasa dalam diri mengharapkan mereka akan berbaik semula dan mengenepikan perangai kebudak-budakan yang masih ada dalam diri mereka.
Daripada versi lain yang SS dengar pula, ia berpunca daripada satu projek artis itu yang masih belum menjadi realiti sedangkan ongkos sudah lama diberikan kepada produser itu. Itu yang tidak sedap didengar.
Jika begitulah ceritanya, lebih baik mereka berbincang dari hati ke hati. Tidak guna berbalah dan berperang dingin kerana ia hanya merugikan diri masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.