Aduhai! Kalau difikirkan, kesian jugak dengan minah sorang ni. Dah la dia kena tangkap sebab memiliki dadah. Terkait pulak dengan kes lain sekali.
Kesian bukan sebab apa beb. Kesian sebab tak de orang dari kalangan ahli keluarga dia sendiri yang tampil nak menjamin dia keluar dari penjara.
Lepas tu, bukan setakat kes dia memiliki dadah je yang perlu dihadapinya. Malah, dia jugak bakal berhadapan dengan tuduhan berkhalwat.
Sewaktu dia ditahan oleh pihak berkuasa, Si Minah tu didapati berdua - duaan dengan pakwe dia dalam rumah mewah di Damansara Damai tu.
Pak we dia tu bukannya mahram. Jadi, memang logik la kalau dia turut didakwa berkahlwat dengan pak we pada ketika serbuan dilakukan.
Parah beb kalau macam tu. Ini bukan ke dah jatuh ditimpa tangga dah ni. Dah serupa macam nagka busuk dah dia terjatuh. Malunya bukan kepalang la weh!!!
Tapi, apa boleh buat. Ini penyakit, bukan orang lain jugak yang cari. Dia sendiri jugak yang menggali penyakit ni. Jadi sekarang, sendiri bikin, sendiri tanggung la. Jangan pulak dia nak salahkan orang lain nanti!!!
3 Jan – Aktres drama bersiri "Anak Pontianak", Zarina Anjoulie Mohd Fahizul dan seorang rakan lelaki, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi yang didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu semalam.
Dipetik daripada mStar, mereka berdua yang berusia 27 tahun dan merupakan pelajar kolej swasta telah ditahan polis kerana memiliki dua biji pil iaitu dadah yang disyaki Erimin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram dan didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat C-3-10, Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Ps: Jangan pulak lepas ni dia kata dia kena perangkap dengan musuh Politik dia pulak ye. Alasan macam tu, puak - puak Pakatan Haramjadah tu je yang boleh pakai!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.