Halaman

Rabu, Januari 16, 2013

HADI DEMAM KENA TAMPAR DENGAN MAJLIS SYURA???


Hai! Pelik. Baru sangat Si Hadi Awang ni datang dengan pencacai - pencacai di ke Stadium Merdeka untuk Himpunan Shamshidar tu. Sekarang dah demam?

Tengok hari tu bukan main lagi gagahnya. Katanya semua orang berjalan kaki. Ke Si Hadi Awang ni datang naik kereta dan biarkan rakyat je yang berjalan kaki?

Heh! Pelik ni beb. Bila orang buat tak peduli kat diorang, mula la diorang buat tuduhan macam - macam. Tapi bila media ambik cakna, dia buat tak tau pulak.

Siap bagi alasan yang tak masuk akal pulak tu. Kononnya, kata Pembantu Khas Si Hadi Awang ni kata, Presiden PAS tu tak berapa sihat.

Apsal tetiba je pulak dia tak berapa sihat ni? Terkejut kena lempang dengan keputusan yang dibuat dek Majlis Syura berhubung isu kalimah Allah tu ke?

Itu lah. Orang dah pesan. Kalau nak bercakap ni kena fikir dulu masak - masak. Jangan main cakap ikut sedap hati atas kepentingan diri sendiri.

Dia nak dabik dada kata dia pejuang Islam tu satu hal. Tapi dalam perlaksanaan tu kena la selari dengan apa yang nak didabikkan. Baru la orang boleh 'respect'.

Ini tidak. Demi nak memenuhi kehendak Politik orang lain, dia rela dijadikan Kambing Hitam. Demi untuk kepentingan Politik, dia sanggup gadaikan apa saja. 

Tu semua bukan orang lain jugak yang suruh dia buat. Dia sendiri jugak yang buat keputusan tu. Jadi, kenapa pulak dia nak salahkan orang lain? Sepatutnya dia sedar dengan kesilapan diri dia sendiri. Bukannya sekadar nak menunding jari je kerjanya!!!
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut akur dengan pendirian terbaharu Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu kelmarin dan senada dengan kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang ditandatangani bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din. 
Abdul Hadi gagal dihubungi sebaliknya memberikan respons itu menerusi Pembantu Khasnya, Zaihan Daud ketika dihubungi di sini hari ini, sambil mengesahkan Presiden Pas itu ketika ini kurang sihat. 
Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah sama dengan kenyataan Nik Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam. 
Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah diperjelaskan dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari selepas kenyataan Majlis Syura Ulama. 
Beliau bagaimanapun mendakwa media arus perdana hanya memetik sebahagian daripada kandungan kenyataan tersebut dan bukan kesemua isi kandungan itu.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.