Halaman

Ahad, Januari 20, 2013

HAH! TERKEDU HUSAM MUSANG DIBUATNYA!!!


Hahaha!!! Dah tergamam Si Husam Musang ni bila dia dengar ucapan YAB Perdana Menteri hari ni. Puas la dia terkencing dalam seluar lepas ni.

Mana gamaknya dia nak mengagau cari alasan untuk diberikan kepada rakyat ye? Apa pulak tipu muslihat dia nak buat nanti untuk mengaburi mata rakyat?

Kalau sebelum ni, semua orang dah tau yang Rejim PAS Kelantan sudah menggerakkan tabung untuk membina Lebuh Raya Kuala Krai - Kota Bharu.

Katanya duit tabung tu dah mencapai beratus ribu dah. Tapi berapa jumlah sebenar tak tau la pulak. Semua duit tu disimpan kat mana pun rakyat tak tau.

Bukan setakat itu sahaja. Malah duit yang dikutip dari rakyat tu jugak tidak diaudit oleh mana - mana pihak. Ianya dikumpul dan disimpan oleh siapa?

Soalnya sekarang, mana duit tu? Berapa banyak yang dah dikutip? Siapa yang uruskan duit tabung tu semua? Apa diorang nak buat dengan duit tu nanti?

Dan yang paling penting, dimana ketelusan pihak Rejim PAS Kelantan terhadap rakyatnya sendiri apabila perkara tersebut disembunyikan dari mereka?

Bukan ke selama ini PAS Kelantan sering mendabik dada memperjuangkan dasar ketelusan pentadbiran kepada rakyat? Jadi, kenapa perkara tersebut tidak dimaklumkan?

Sepatutnya, jika benar Rejim PAS Kelantan ni bertanggungjawab dalam menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat, semua tu perlu dimaklumkan kepada rakyat.

Bukan semuanya disimpan buat pekasam pemimpin - pemimpin Parti Angguk Saja tu je. Duit tu duit rakyat. Bukan duit Si Husam Musang tu!!!

Kalau dengar ucapan YAB Perdana Menteri tadi, beliau dah umumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina lebuhraya tersebut.

Sekarang Si Husam Musang tu kena jawab dengan rakyat soalan - soalan yang dikemukakan. Jangan pulak dia kata duit tu semua untuk menghadapi Pilihan Raya pulak.

Bukan apa. Takut nanti duit tabung nak bina lebuh raya tu akan jadi macam duit tabung memali je. Jangan kata duit, bayang tabung tu pun tak nampak!!! Itu yang nak dikatakan pemimpin yang menjaga amanah? Ptuih!!! Boleh jalan la!!!

1 ulasan:

  1. Masa lancarkan tabung seluruh dunia tahu. Masa kirapun kadang-kadang seluruh dunia tahu, gambar turut dipaparkan.

    Apa salahnya kutipan sebenar juga diberi tahu ke seluruh dunia melalui alam siber ni.. Kok banyakpun kutipan tu nanti orang takkan mintak doh..

    Kalau boleh Husam kena buat pecahan, berapa sumbangan yang diberikan oleh KRONI Pas di Kelantan tu, sebab masa tabung tu dilancarkan ramai tokoh koperat hadir.. huhuhuaawaaa!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.