Halaman

Khamis, Januari 17, 2013

HAPRAK DAILY KANTOI LAGI!!!


Hehehe... itu pasal la orang tak keluarkan isu tu cepat sangat. Takut nanti ada jugak yang malu muka sendiri. Sekarang, apa lagi alasan yang diorang nak bagi?

Nak kata yang Bank Islam tu ikut telunjuk UMNO? Nak kata UMNO ada kaitan dengan Bank Islam? Apa lagi dakyah Politik yang akan diorang gunakan?

Kalau sebelum ni, bukan main lagi diorang berkokok kat dalam Haprak Daily, akhbar 'Tepat Dari Fitnah' tu bercerita pasal penggantungan seorang warga kerja bank tersebut.

Konon - kononnya, diorang ni nak jadi Hero la dalam isu ni. Nak membela nasib warga kerja tu la konon. Sekarang, Bank Islam dah jawab. Apa lagi diorang nak kata?

Tapi, apa nak heran dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni ye tak. Diorang bukan peduli sama ada kes tu benar - benar ada kaitan dengan Politik atau tidak. Yang penting diorang dapat tabur fitnah untuk memburukkan Kerajaan. Itu je kerja diorang pun!!!
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin tidak bermotif politik, kata Bank Islam Malaysia Berhad dalam satu kenyataan rasmi hari ini serta menegaskan ia adalah kerana beliau telah melanggar polisi dalaman bank.
Tanpa memberikan sebarang peruntukkan polisi dalaman yang dinyatakan, Bank Islam memberitahu akan mengumumkannya selepas selesai siasatan menyeluruh.
"Bank Islam Malaysia Berhad mahu mengulangi bahawa ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin digantung daripada tugasnya kerana kami mempunyai alasan munasabah untuk percaya bahawa beliau telah melanggar polisi dalaman bank," kata Bank Islam dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
"Keadaan pelanggaran akan diumumkan sebaik selesai siasatan yang dijalankan kami."
Dalam pada itu lagi, Bank Islam juga berkata penggantungan terseut tidak berkaitan dengan pandangan politik peribadi oleh Azrul Azwar.
Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura, The Straits Times, menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.
Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

1 ulasan:

  1. Mmg dah tradisi dia tu. Kalau tak bohong bukan namanya haprak daily.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.