Halaman

Rabu, Januari 09, 2013

HEH!!! DIAM LAH!!!


Eh!!! Nak bising - bising pulak dia ni. Nak kena sumpah dek Si Tokong Biawak tu ke? Suka - suka hati je dia nak suruh Si Biawak tu buat kerja dua kali.

Dah hilang akal ke apa dia ni? Ada ke diorang nak Si Biawak Tokong tu buat sekali lagi pemilihan jawatankuasa CEC tu? Takkan nak der dia buat.

Kot kalau dia buat pemilihan semula sekali pun, keputusannya orang dah boleh agak. Diorang tentu - tentu akan menipu punya.

Kalau kali ini punya pemilihan pun diorang boleh tipu, inikan pulak kalau diorang buat sekali lagi. Dah tentu - tentu keputusan tu diorang akan rancang awal - awal.

Dan jangan pelik kalau nama Si Zairil tu jugak akan sangkut di tangga lebih tinggi dari yang dia dapat hari ini iaitu tangga ke - 20.

Tapi, apa nak heran ye tak. Dah nama pun diorang ni puak - puak Pakatan yang kuat sangat menipu. Jadi, apa lagi yang diorang mampu buat selain dari menipu je kerjanya!!! Itu je la yang diorang tau buat pun!!!
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Ahli akar umbi DAP menggesa Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran kesilapan pengiraan undi dalam kongres parti itu baru-baru ini. 
Desakan itu dibangkitkan ahli-ahli daripada lebih 10 cawangan di Selangor, antaranya Taman Ehsan, Taman Gembira, Southern Klang, Raya Barat, Taman Chi Liung Indah dan Damansara. 
Dalam sidang akhbar tergempar di sini hari ini, Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany berkata, pemilihan semula itu sangat penting untuk membersihkan nama parti yang tercalar akibat kesilapan ‘teknikal’ seperti yang didakwa.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.