Halaman

Sabtu, Januari 19, 2013

KARPAL SURUH MAJLIS SYURA UBAH PENDIRIAN!!!


Huh!!! Inilah hasil tarbiah puak - puak Parti Angguk Saja tu kepada puak - puak DAPigs sampaikan mereka tak dapat nak bezakan diantara Politik dan agama.

Kalau sebelum ini, Majlis Syura PAS sudah pun membuat ketetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dalam bible versi Bahasa Melayu.

Namun, keputusan itu masih lagi mendapat tentangan dari puak - puak DAPigs. Malah, Si Karpal Singh tu sendiri mendesak agar majlis tersebut mengubah pendirian mereka.

Mungkin Si Karpal tu ingat isu berkaitan dengan kalimah Allah ni isu Politik. Sebab itu la dengan mudah dia boleh mendesak Majlis Syura buat macam tu kot.

Dia tak sedar yang isu tu berkaitan dengan kesucian agama Islam yang menyeru agar umatnya memelihara kesucian tersebut dengan apa cara sekali pun.

Isu kalimah Allah ni bukan isu Politik dimana ketetapannya boleh diubah sesuka hati. Tetapi ianya berkaitan dengan akidah umat Islam tu sendiri.

Kalau Si Karpal tu tak suka dengan pendirian Majlis Syura, itu dia punya pasal. Tapi jangan la nak jadikan isu agama ni sebagai modal untuk dia berpolitik pulak.

Nampak sangat la yang puak - puak DAPigs ni memang jenis manusia yang tak reti nak menghormati kesucian agama orang lain. Sebaliknya, diorang ni sanggup buat apa saja demi kepentingan diri diorang sendiri. Diorang bukan kisah sangat pasal hak orang lain!!!
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.
Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.