Halaman

Isnin, Januari 14, 2013

KASANOVA TIPU WANITA DITANGKAP!!!


GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang disyaki memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman-laman web sosial dan mengaut lebih RM500,000 sejak 2001, akhirnya ditahan polis.
   
Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini pada 4 Jan hasil risikan dan maklumat awam, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Roslee Chik.
   
Beliau berkata lelaki penganggur itu dikatakan menyamar sebagai doktor dan memperdaya wanita di beberapa negeri menerusi laman web sosial dengan menabur janji manis untuk mengahwini mereka.
   
"Mangsa kebanyakannya bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Suspek biasanya akan menyakinkan mangsa dan turut bertemu ahli keluarga wanita berkenaan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata selepas mendapat kepercayaan keluarga mangsa, lelaki itu memberi alasan kesempitan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan dan memujuk mangsanya menyerahkan wang tunai, barang kemas sebelum menghilangkan diri.

"Ada juga mangsa yang sanggup membuat pinjaman bank dan menyerahkan kereta kepada lelaki itu. Kami minta wanita yang pernah berkenalan dan ditipu individu yang menggunakan nama Dr Shiva Nair, Dr Ragunathan dan Keeran Raj datang ke balai polis untuk membantu siasatan," katanya.
   
Beliau berkata hasil kegiatan selama lebih 10 tahun, lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu hidup mewah dan mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan.
   
Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai hampir RM30,000, 49.40 gram logam dipercayai emas lebur, resit gadaian emas, jaket berlambang kementerian kesihatan, slip transaksi bank, tiga telefon bimbit dan lima kad sim.
   
Roslee berkata suspek yang berasal dari Taiping Perak dan mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan itu juga didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sering menukar nombor telefon bimbitnya - Bernama


Ps: Erk... tu cerita pasal Kasanova yang tipu 20 orang wanita. Yang kasanova kat bawah ni macam mana pulak? Bila nak dikenakan tindakan?

Dia bukan setakat tipu 20 orang je. Habis satu Negeri Selangor tu yang dikencingnya. Lagi la macam Cibai!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.