Heran jugak. Pasal apa yang Si Ketua Penipu tu nak sibuk sangat dengan keputusan yang dah dibuat oleh Majlis Syura sebelum ini?
Sibuk sangat dia nak pertikai keputusan tu kenapa? Dia bukannya ahli PAS pun. Jadi, dia tak de hak nak suruh orang PAS terima keputusan Majlis Pimpinan Presiden Pakatan.
Dalam kenyataan dia baru - baru ni, Si Ketua Penipu tu cuba untuk memesongkan kenyataan dengan mengaitkan keputusan Majlis Syura sebelum ini.
Si Ketua Penipu tu kata, Majlis Syura pun pernah keluarkan keputusan mengatakan bahawa haram mengundi UMNO. Itu keputusan dia, yang dia nak sibuk sangat kenapa?
Sekali lagi ditegaskan. Keputusan Majlis Syura tu adalah untuk PAS, untuk ahli PAS. Bukannya untuk seluruh rakyat Malaysia.
Mati hidup semula pun belum tentu ahli PAS akan mengundi untuk UMNO atau pun Barisan Nasional. jadi, memang diorang ikut la kata Majlis Syura tu.
Soalnya sekarang, orang tanya pendirian dia sendiri mengenai isu kalimah Allah tu. Adakah dia menyokong penggunaan kalimah tu bagi orang Bukan Islam?
Adakah dia menyokong penggunaan kalimah tu dalam kitab Bible versi Bahasa Inggeris? Itu yang orang nak tau. Bukannya nak dengar dia konar cerita ke tempat lain!!! Macam mana dia nak jadi pemimpin kalau soalan macam tu pun dia tak faham!!!
Keputusan Pas berhubung isu kalimah ALLAH mengikut keputusan Majlis Syura adalah muktamad yang berasaskan kepada nas-nas dan syarak.Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia adalah keputusan terbaik kepada semua agama dan kaum di negara ini.Menurutnya, semua agama perlu hormati Perlembagaan Malaysia yang meletak Islam sebagai agama rasmi.“Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.“Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia,” katanya.Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu berhubung isu penggunaan kalimah iaitu bukan Islam boleh guna tetapi dengan syarat tidak boleh disalahgunakan. - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.