Halaman

Jumaat, Januari 18, 2013

MAHFUZ BEAN TAKUT NAK HAPUSKAN AES!!!


Hah!!! Apa ni? Kalau bercakap bukan main lagi. Sampai boleh runtuh bumbung dewan dibuatnya. Tapi bila disuruh ambik tindakan, dia ketar lutut pasal apa?

Selama hari ini, budak yang tak lulus SRP ni dok menyalak cerita pasal AES. Kononnya dia nak jadi juara la dalam isu tu sedangkan isu negeri dia pinggirkan begitu sahaja.

Walaupun dia menyalak - nyalak pasal isu AES tu, namun tidak ada tindakan yang efektif diambil oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Kenapa?

Kalau sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu mampu menaburkan apa saja janji demi untuk meraih sokongan rakyat. Termasuk la menghalalkan penggunaan kalimah Allah.

Macam - macam janji diorang dah buat. Nak hapuskan PTPTN la, nak hapuskan tol la, nak tutup Lynas la, nak buat itu la, nak buat ini la. Diorang tabur janji macam tabur dedak pulak.

Tapi, dalam isu AES ni, kenapa Si Mahfuz tu tak berani nak buat janji apa - apa? Kenapa dia seolah - olah keberatan pulak nak hapuskan sistem tersebut?

Ke dia takut kalau dia berjanji dia tak mampu nak tunaikan? Mana la tau. Kot Si Mahfuz ni takut jadi macam janji puak - puak Rejim PKR Selangor ye tak.

Kalau kat Selangor pun, macam - macam jugak yang diorang janji. Tapi, habuk pun tarak. Sampai hari ni, rakyat masih tertipu dengan apa yang dijanjikan kepada mereka.

Bila ditanya kenapa tak buat semua tu, jawapan mudah diberikan oleh Si Khalid Gagap. Dia kata manifesto dalam Pilihan Raya bukannya janji.

Tak cukup dengan itu. Dia siap cabar pulak pihak - pihak yang berkenaan agar membuktikan yang mereka tu telah mengundi Pakatan dalam PRU akan datang.

Itu pun kalau rakyat nak Rejim PKR Selangor memenuhi janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Dah pulak!!! Macam tu pulak gayanya ye.

Yang tuntut janji tu pun bukan orang lain, rakyat Negeri Selangor jugak. Pun macam tu je jawapan yang mampu Si Khalid Gagap tu bagi?

Jadi tak heran la kalau Si Mahfuz Bean ni pun takut nak buat keputusan dan berjanji untuk menghapuskan sistem AES tu sebab dia takut nanti akan ada orang yang tuntut janji tu pada dia. Kang puas pulak dia nak jawab!!!
KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak memberi jaminan sama ada akan memberhentikan saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika berjaya mentadbir Putrajaya nanti.

Mahfuz sebaliknya menuding jari kepada Parlimen Malaysia mendakwa permintaan untuk mendapatkan dokumen perjanjian antara kerajaan dan dua syarikat kontraktor tersebut dinafikan.

Katanya lagi, satu kajian akan dibuat terlebih dahulu mengenai keberkesanan sistem tersebut yang dilaksanakan di negara ini.

“Saya tidak tahu...sebab itu antara kajian yang kita akan buat untuk melihat perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dan dua syarikat ini. Sebab itu bila saya minta di parlimen, bila saya minta dokumen perjanjian, tetapi mereka kata ini adalah perjanjian sulit.

“Penangguhan AES dibuat sehingga satu kajian dibuat oleh Pakatan Rakyat. Makna semua saman yang telah dikeluarkan daripada awal sehingga satu tarikh khusus, bermakna semua saman akan dibatalkan," katanya pada sidang media parti itu hari ini.

1 ulasan:

  1. kalau nak hapuskan AES tu hapuskan sekali saman2 penguatkuasa bandaraya tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.