Halaman

Rabu, Januari 23, 2013

MAU MENANGIS SI OSTAZAH PENING TU DIBUATNYA!!!


Halamak!!! Jangan la menangis dik. Takkan la sebab benda kecik ni pun dia nak bersedih sangat. Dah tak de rezeki, nak buat macam mana.

Yang Si OStazah Pening ni pun satu hal jugak. Dia yang suka sangat goyang kaki sambil main twitter dan buat fitnah terhadap orang lain kenapa? 

Sekarang nak menangis pun dah tak guna. Buat mengabihkan masa je. Sama la macam dia dok tabur fitnah terhadap orang melalui lama twitter.

Kalau sebelum ini, dia sering mempertikaikan bantuan serta kunjungan beberapa rakan artis ke bumi Gaza. Kata dia, artis tu pergi sekadar nak menunjuk - nunjuk je.

Walhal, dia sendiri pun tak berani nak jejakkan kaki ke bumi Gaza tu dan melihat sendiri penderitaan rakyat Palestine tu. Sebaliknya, dia bagi la alasan yang tak masuk akal.

Kalau tak silap, salah satu alasan yang dia bagi ialah sebab dia nak jaga ibu dia. Huh! Kalau pergi Palestine, dia kata nak jaga ibu. Tapi pegi ke Himpunan Shamsidar tu boleh pulak?

Sekarang, jangan pulak dia menangis bila tengok YAB Perdana Menteri diterima dengan tangan terbuka oleh pemimpin serta seluruh rakyat Palestine sedangkan dia masih lagi duduk dirumah dan memburuk - burukkan orang lain!!!
GAZA - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.
Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).
Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.
Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.
Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.
Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.
Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.
Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.
Ps: Bukan setakat Datuk Seri Najib je yang pergi. Tapi Datin Seri Rosmah pun ikut sekali. Memang konfirm menangis la Si Ostazah Pening tu dibuatnya!!!

3 ulasan:

  1. MEMANG DIA PENING TAHAP MEROYAN PUN....NORMAN HAKIM DH BAHAGIA DGN BINI BARUNYA..SI OSTAZAH CELUP NI MASIH ANGAU DGN OSTAZ2 PAS YG MUNAFIK..ASAL CANTIK, AKU PUNYA ( ACAP ).. BARU IKUT PAS 2 HARI, LAGAKNYA MENGALAHKAN KETUA MUSLIMAT PAS..SEOLAH2 DIA SORANGLAH YG ISLAM TULIN...POOORAHHHHHHH...!!!

    BalasPadam
  2. Dia pening sbb datang bulan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.