Halaman

Jumaat, Januari 18, 2013

NURUL IZZAH DIMALUKAN OLEH TUKANG MASAK!!!


Halamak!!! Malunya!!! Kalau kena kat kita, dah tentu - tentu malu gila beb. Cuba korang bayangkan kalau orang kampung sendiri tak kenal korang. Apa korang rasa?

Dah tentu - tentu korang pun akan jarang balik kampung kalau benda ni berlaku ke atas diri korang sendiri. Kalau Semut, memang sah tak balik kampung setahun. Hehehe...

Tapi inilah yang berlaku kepada Si Nurul Izzah tu. Punya la tak de orang kenal dia sebab dia jarang turun padang. Itulah buktinya. Dah bagi dia amanah, tapi dia bukannya tau nak jaga amanah tu. Nampak sangat la Si Nurul Izzah ni memang tak buat kerja!!!
Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.

Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.

Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang. 

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?" 
Berubah muka Nurul Izzah. 
Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi, 
"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.

Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!

Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!

3 ulasan:

  1. ini juga terjadi pada Isa Samad, ada kematian di Seremban, dia datang orang kampong buat tak layan.

    BalasPadam
  2. padan muka tulah belagak sanggat sampai orang pun tak kenal dia tu sapa kahkahkah buat malu je,,

    BalasPadam
  3. PADAN MUKA KO NURUL.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.