Halaman

Ahad, Januari 27, 2013

PEGI GAZA PUNYA PASAL, GUGUR MAJLIS SYURA!!!


Hebat beb. Hanya disebabkan Ustaz Nasharuddin ni pergi ke Gaza dan melawat kesempitan yang dialami oleh rakyat Palestin, keahlian dia sebagai Ahli Majlis Syura digugurkan.

Setelah sekian lama dinanti - nantikan oleh pencacai PAS yang Pro Anwarinas, akhirnya keputusan tersebut menjelma jua. Semuanya sebab hasad dengki punya pasal.

Korang bayangkan la. Orang yang selama ini memperjuangkan persaudaraan sesama Islam, mempertahankan kesucian agama Islam telah pun disingkirkan secara halus.

Nampak sangat puak - puak Parti Angguk Saja tu sekarang ni memang sah dah lari dari perjuangan asal mereka. Bab nak menjaga agama Islam ni dah diketepikan.

Tapi, setakat ini diorang belum berani lagi pecat Ustaz Nasha sebab diorang tau yang ustaz Nasa pun masih ada pengaruh yang cukup kuat dalam parti.

Nak pulak saat Pilihan Raya Umum bakal menjelang tak berapa lama lagi ni. Tu pasal la diorang sekadar menggugurkan keahlian Majlis Syura je. Kalau diorang pecat terus, memang masak la jawabnya!!! Dah tentu - tentu diorang bakal berputih mata dibuatnya!!!
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.


Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

6 ulasan:

  1. Memang kuat penyaruh yahudi ni sehinggakan dalam majlis syura pas pun boleh menyelinap masok mempengaruhi keputusan, tak sia2lah perjuangan mereka.

    BalasPadam
  2. beginilah imej islam yang ditunjukkan oleh pas. tindak tanduk mereka menggambarkan mereka seolah2 puak khawarij dan syiah di tanahair. kpd ust nasya, istiqamahlah berjuang di atas landasan islam sebenar. jamaah kita yang sebenar adalah jamaah islam, bukan pas. pas hanyalag parti politik asobiyah yg hanya menggunakan islam demi kepentingan politik sempit dan kesukuan.

    BalasPadam
  3. Sudah memang sah PAS ni parti yang bertopengkan agama Islam, sehingga tergamak mengugurkan Ustad Nasa sebagai Ahli Majlis Syura.
    PAS sudah jadi sebahagian agent yahudi untuk menghancurkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pada Pru13 ini parti PAS wajib di kubur kan sebelum terlambat.

    BalasPadam
  4. Yg aku tak faham..melayu islam yg lain ni...tak faham faham lagi ke...betapa tenat nya pas skrg ni...nauzubillah...

    BalasPadam
  5. pas memg suka camni..bla tengok orng pas berbaik2 dengan umno mula la naik cemburu atau buruk sangka..hehe

    BalasPadam
  6. pas memg suka camni..bla tengok orng pas berbaik2 dengan umno mula la naik cemburu atau buruk sangka..hehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.