PENGADU: Saya pemuda berusia awal 20-an dan masih belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara tanah air. Saya menghadapi masalah dengan seorang pelajar asrama di tempat saya belajar.
Biarlah saya panggil dia A. Saya mengenali A sejak beberapa bulan lalu dan pada tanggapan saya dia seorang yang baik dan mempunyai perwatakan menarik.
A juga menjadi kegilaan pelajar wanita kerana sifat dan rupa parasnya. Sifat A yang alim menambahkan lagi sahamnya sebagai pelajar lelaki pujaan kolej. Malah, A selalu menjadi imam di surau.
Pada mulanya saya tiada masalah berkawan dengannya. Saya ikhlas berkawan dan gembira kerana mempunyai seorang rakan yang saya anggap boleh membimbing dalam selok belok agama.
Namun, A tidak seperti yang saya sangkakan. Di sebalik sifatnya yang kelihatan alim, A mempunyai satu tabiat yang saya tidak suka.
Pada suatu malam berlaku satu kejadian. A datang tidur dan memeluk saya. Saya rimas dengan keadaan ini. Saya menceritakan perkara ini pada kawan lain dan rupanya mereka mengalami nasib sama.
Saya takut penyakit A akan berjangkit dengan saya. Sejak kejadian itu, saya sudah tidak menaruh kepercayaan kepada orang yang berperwatakan ‘alim’ kerana di sebalik ciri-ciri itu, mereka ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.
JAWAPAN: Tingkah laku atau perbuatan A boleh menjadi ikutan jika adik memberi tindak balas positif dan merasa seronok atas perbuatannya.
Sekiranya adik memberi rangsangan atau galakkan kepada A, ia boleh menjadi satu perbuatan lazim dan ditiru.
Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada wujudnya interaksi antara rangsangan dan tindak balas.
Teori ini melihat input atau yang berupa rangsangan dan keluaran (output) yang berupa tindak balas adalah penting dalam satu perubahan tingkah laku.
Tindak balas negatif adik seperti menjauhi atau tidak memberi petunjuk positif apabila A memeluk adik adalah satu isyarat tidak mahu A mengulangi perbuatan buruknya itu.
Jelasnya, adik ingin A memberhentikan tindakan itu terhadap adik dan pelajar lelaki lain.
Seterusnya, penyakit A boleh ‘berjangkit’ kepada adik jika adik menjadikan A sebagai model tingkah laku. Teori pembelajaran sosial melihat satu pembelajaran boleh berlaku dengan memerhati individu lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.
Ps: Agaknya, Si A tu dah terikut - ikut perangai Si ketua Penipu tu kot. Tu pasal la dia suka sangat peluk - peluk lelaki ni. Nak 'test market' Pengadu adalah seorang pelajar dari Kedah. Meh baca cerita selanjutnya disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.