PENGURUS artis ini memang ting tong. Cakap lain tapi buat lain! Inilah keluhan yang SS dengar daripada orang dalam sebuah syarikat produksi yang kesal dengan perangai pengurus artis yang buat kerja main-main dan sambil lewa ini.
Khabarnya sudah lama individu ini berurusan dengan dia untuk mendapatkan artis wanita yang kuat juga kontroversinya bagi rakaman sebuah program TV.
Program berkonsep ringan ini sememangnya mempunyai kelompok tersendiri yang tertarik dengan kandungan disampaikan. Kalau tidak, takkanlah ia disambung lagi untuk musim terbaru.
Individu ini sedar bahawa jadual artis ini padat. Itulah sebabnya dia buat temu janji awal dengan harapan artis ini dapat meluangkan masa dengan program mereka yang disiarkan di sebuah program TV.
Apabila dihubungi, pengurus itu berjanji akan cuba menyelitkan program ini dalam jadual artisnya. Jawapan yang diberikan nampak meyakinkan, sekali gus memberi harapan kepada orang produksi ini.
Namun, yang paling mengecewakannnya, sudah beberapa bulan berlalu dan setiap kali diajukan pertanyaan kepada pengurus ini, jawapan yang diberikan tetap sama. Bahkan kadangkala panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) juga tak berjawab.
Individu ini bukan sengaja nak mengganggu pengurus ini tapi dia pun kena menjawab dengan ketuanya kerana hari penggambaran sudah semakin hampir. Takkanlah apabila segala-galanya sudah bersedia dan peralatan sudah disewa, artis belum lagi berikan jawapan?
Memang tertekan betul jadinya orang produksi ini dengan kerja pengurus artis itu. Kalau ya pun artis tak dapat bagi komitmen, bagilah tahu awal-awal, sekurang-kurangnya mereka tak tertunggu-tunggu ibarat buah yang tak gugur.
SS simpati dengan nasib orang produksi ini. Baik dia mahupun pengurus artis ini, mereka ada alasan tersendiri. SS faham peranan masing-masing yang perlu jaga periuk nasi. Apapun semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Ps: Apa boleh buat beb. Nasib la siapa dapat pengurus macam tu. Perangai sebijik tak ubah macam puak - puak Pakatan Pembangkang.
Setakat bercakap je pandai. Tapi bila disuruh buat kerja, satu Hapah pun diorang tak reti. Kalau ada yang buat pun setakat sambil lewa. Tapi itu pun bukan untuk rakyat, sebaliknya untuk diri sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.