Halaman

Selasa, Januari 15, 2013

PENYOKONG ATAS BUMBUNG, APA NAK PELIK!!!


Ish!!! Kadang - kadang tak faham jugak dengan orang ni. Benda macam tu pun diorang nak pertikaikan jugak ke? Apa yang diorang pelik sangat tu?

Diorang kata, pencacai - pencacai Pakatan tu terlampau ghairah nak menipu rakyat sampai terpaksa ubah gambar macam diatas tu. Atas bumbung pun ada porang duduk?
Punyalah nak beritahu rakyat bahawa perhimpunan Shamsidar dapat sokongan rakyat sehinggakan Blogger penipu Pakatan Rakyat sanggup edit sampai letak orang di atas bumbung stadium Merdeka.

Kalau waktu mereka mengeluarkan blog fitnah  'Mahazalim', 'Mahafiraun' sebaik sahaja Anwar Ibrahim dipecat mungkin rakyat akan percaya kerana diketika itu hanya beberapa blog sahaja yang beroperasi itupun semuanya di sebelah pembangkang, manakala di pihak kerajaan langsung tiada.

Pada tahun 2008 pun sama hanya beberapa blog politik yang pro-kerajaan boleh dikira dengan jari sedangkan dipihak pembangkang hampir beratus-ratus.

Sebab diketika itu berlakunya Tsunami politik kerana ramai anak muda di Kuala Lumpur membaca blog pembangkang yang beratus-ratus ini. 
Anak-anak muda ini balik ke kampung dan hasut emak, bapa dan semua keluarga agar tidak mengundi Umno kerana dia telah membaca blog pembangkang. 
Mereka peduli apa fitnah atau tidak yang penting keluarkan keburukkan pemimpin kerajaan di blog mereka dan pastikan orang muda membacanya.

Tidak cukup dengan itu artikel fitnah itu dicetak dan diedarkan kepada orang-orang kampung. Itu sebab berlakunya tsunami politik tahun 2008.

Tetapi kini tidak lagi pembangkang ada media sosial, pihak kerajaan pun ada media sosial. Oleh itu apabila sudah tergugat baru mereka sedar selama ini mereka kutuk, caci pemimpin Umno hanyalah fitnah.
Bagi Semut, benda ni tak pelik beb. Ianya bukan satu fitnah sebab Semut sendiri pernah tengok dengan mata kepala Semut sendiri masa di PRK Hulu Selangor dulu.

Sebab memang pencacai - pencacai Pakatan tu dah dilatih untuk bertindak ekstrem sampai tahap macam tu sekali. Nak pulak puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Nah!!! Korang tengok gambar kat bawah ni. Kalau setakat atas pokok pun diorang boleh panjat sambil pegang bendera, inikan pulak kalau nak suruh panjat bumbung. Dah diorang tu memang spesis beruk, nak buat macam mana!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.