Halaman

Isnin, Januari 14, 2013

POK NIK 'FLIP-FLOP', DAH NYANYUK LA TU!!!


Ah pulak!!! Dah dia kata tak boleh pulak Bukan Islam guna kalimah Allah. Ni apa cerita sebenarnya ni? Apa sebenarnya pendirian PAS ni?

Hari tu, Si Hadi Awang tu kata Bukan Islam boleh guna kalimah Allah ni bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bible. Kenyataan tu jugak disokong oleh Nik Aziz. (Rujuk sini)


Sekarang, Si Nik Aziz tu tukar pulak pendirian dia dengan mengatakan bahawa perkataan 'God' tu tak boleh diterjemahkan sebagai Allah.
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.
Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.
"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.
"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.
"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.
Yang mana satu yang dia nak suruh juak - juak pencacai Parti Angguk Saja tu ikut? Dia nak suruh ikut fatwa dia sebelum ni ke atau keputusan Majlis Syura semalam?

Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan ni. Nak selesaikan satu isu pun diorang dah jadi kucar kacir. Pun masih berbelah bahagi dan berpecah belah.

Jadi macam mana pulak diorang nak mentadbir Negara kalau isu macam tu pun boleh buat diorang jadi tak tentu arah? Kalau rakyat bagi jugak diorang ni kuasa nak memerintah, memang jahanam la Negara dibuatnya!!!

Ps: Tu belum puak - puak DAPigs bersuara lagi tu. Korang tunggu DAPigs respon pasal isu ni. Nanti berubah lagi la kenyataan puak - puak Parti Angguk Saja tu!!! Tak percaya, korang tunggu je la!!!

3 ulasan:

  1. orang pas memang tiada pendirian

    BalasPadam
  2. Nik Ajis telah dimakan sumpah seranah dan doa sendiri. Sama ada dia nyanok atau telah mengalami syntom amnesia. Kalau tak silap aku orang begini tak boleh jadi Ketua atau Menteri. Cuba bayangkan dia jadi menteri pertahanan. Semalam dia suruh perang dan lancarkan bom pada sesebuat negara, lepas tu dia kata tak boleh. Tapi bom semalam telah banyak membawa kemusnahan. Nik Ajis hoi,.. mu elok letak jawatan atau rakyat berhimpun suruh mu letak jawatan.... mu dah bengong ni...

    BalasPadam
  3. NIK AJIS MCM TUDONG PERIOK. BUKAK,TUTUP DAH SASAU ORANG TUA NIE. SUROH PENCEN TAK MAU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.