Halaman

Selasa, Januari 15, 2013

RASUAH SEKS BUAT ANUWAR TERKEDUA!!!


Hah!!! Ni pasal apa pulak Si Ketua Penipu tu nak tergamam sampai macam tu sekali? Dia tak percaya ke ada orang nak gubal undang - undang pasal rasuah seks ni?

Cakap kat dia, tak payah takut la. Undang - undang tu tak dibuat kat dalam Malaysia ni. Jadi, selamat lagi la dia dan konco - konco dia tu.

Al-maklum la. Orang macam Si Ketua Penipu tu memang tak boleh harap sangat. Bukan setakat dia je yang Gila Seks. Habis dengan konco - konco pun sama jugak.

Kalau tidak, takkan la Si Ostad PKR tu boleh kantoi berkhalwat dengan isteri orang jam 3 pagi kat bilik hotel mewah yang bertaraf 5 bintang tahun lepas.

Dan yang paling terbaru, Pembantu Khas dia sendiri kantoi bagi rasuah pada seorang wanita atas tuduhan membuat gangguan seksual. Kalau itu bukan Gila Seks, kita nak kata apa lagi!!! Dasar Parti Kantoi Ramai, memang macam tu la!!!
JAKARTA, Jan 14 — Cadangan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia untuk memasukkan rasuah seks dalam undang-undang antirasuah mendapat sokongan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia Mahfud MD. 
Beliau berkata cadangan itu bagaimanapun perlu dibincangkan lebih lanjut supaya dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul daripada undang-undang.
“Penentuan perbuatan jenayah ini adalah sukar. Penalti bagi (seksual) laku itu ringan. Sementara perbuatan rasuah memerlukan rasuah untuk datang dalam bentuk material. 
Jadi, di manakah kedudukan kesalahan rasuah seksual ini? Ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut,” kata Mahfud dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Globe, hari ini.
Mengakui bahawa amalan ini telah lama berlaku di Indonesia, Mahfud bersetuju bahawa penawaran pelacur atau khidmat seks kepada pegawai awam adalah satu bentuk ganjaran yang dalam beberapa kes katanya boleh menjadi lebih besar daripada menggunakan wang sogokan.
Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan itu berkata beliau menerima laporan bahawa ahli perniagaan dan politik mengupah perempuan simpanan dan pelacur sebagai pelobi bagi meyakinkan pembuat dasar dan pegawai awam untuk menyokong agenda mereka.
Selasa lalu, Timbalan Pengerusi KPK Adnan Pandupraja mencadangkan supaya rasuah seks dimasukkan dalam undang-undang antirasuah kerana pada masa kini tiada apa yang boleh dilakukan bagi mencegah amalan itu daripada berlaku, meskipun masalah tawaran seks diketahui wujud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.