Halaman

Khamis, Januari 03, 2013

SEBULAN JE LAGI, DAH BIRAH!!!



Akibat tidak dapat menahan nafsu, pasangan yang bakal melangsungkan pernikahan dalam tempoh sebulan sahaja lagi telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Batu Pahat sempena operasi ambang tahun baru, kelmarin.

Timbalan Ketua Unit Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, tinjauan yang dilakukan oleh unitnya di beberapa buah hotel bajet di daerah ini berjaya menemui pasangan berkenaan yang berumur lewat 30an itu.

"Semasa serbuan dilakukan di bilik pasangan terbabit, pada mulanya mereka enggan memberi kerjasama membuka pintu namun akhirnya terpaksa akur setelah didesak oleh pegawai penguatkuasa yang menyatakan ingin memecahkan pintu bilik itu.

“Setelah membuka pintu tersebut, pasangan yang berlagak seperti suami isteri ini berada dalam keadaan ketakutan setelah perbuatan sumbang mereka ini terbongkar.

"Ketika itu juga pasangan terbabit merayu supaya tidak dikenakan sebarang tindakan berikutan kesalahan yang telah dilakukan dan mereka  menyatakan sedang dalam proses melangsungkan pernikahan kira-kira sebulan sahaja lagi," katanya.

“Menurutnya, pasangan ini tetap akan dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup secara berdua-duaan sedangkan mereka ini bukan muhrim dan tiada ikatan perkahwinan yang sah.

"Pasangan berkenaan yang ditahan kira-kira jam 2 pagi itu berasal dari daerah Batu Pahat, mengikut alamat terakhir mereka.

"Atas kesalahan yang dilakukan ini kes disiasat di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan dengan atau penjara jika sabit kesalahan," katanya.

Ps: Itu cerita orang birah nak kahwin. Yang mamat kat bawah ni, birah sebab apa pulak? Gatal sebab tak sabar sangat nak jadi Perdana Menteri ke? Kalau gini la gayanya, baik tak payah!!! Buat malukan bangsa je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.