Hah! Tau pun dia nak mintak maaf. Kalau tengok gaya, bukan main la 'kekwat'nya. Macam la dia tu bagus sangat. Konon - konon nak berlagak Diva la.
Dah la dia datang ke Malaysia ni pun secara haram. Lepas tu ada hati pulak nak kritik pasal orang lain. Apa, dia ingat dia tu bagus sangat ke? Pigidah!!!
Dey! Kalau dah masuk tempat orang tu, sedar diri sikit. Jangan nak buat ikut suka hati je. Sekarang, dah malu diri sendiri. Siapa yang malu?
Mungkin Si Minah ni tak tau pasal pepatah orang Melayu yang selalu pesan; 'Masuk kandang kambing menguak, Masuk kandang harimau mengaum'.
Ini tidak. Masuk kandang rimau pun dia nak menyalak, memang saja cari penyakit la jawabnya. Bila dah kena tenyeh, nak jugak dia melawan. Siap buat dakwaan yang bukan - bukan. Nasib baik la orang Malaysia ni baik. Kalau tidak, haru la jadinya!!!
Aktres dari seberang, Julia Perez, akhirnya tampil memohon maaf menerusi syarikat produksi Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK).Permohonan maaf itu dibuat Julia atau Jupe menerusi emel kepada Ketua Perniagaan dan Pemasaran NSK, Sofiyant Rahman."Komen saya sebenarnya telah disalah ertikan. Bagaimana pun, saya meminta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industri yang dihormati dan peminat kesayangan saya."Saya berterima kasih kepada industri filem Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada saya melibatkan diri dan memberi kepercayaan kepada saya dan saya hargainyadengan penuh hormat."Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat di Malaysia yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa diterima dan disayangi peminat di Indonesia."Peluang bekerjasama di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang, itu adalah satu keinginan saya secara peribadi," ujarnya.Jupe sebelum ini secara lantang telah mengkritik drama Malaysia dan turut mengeluarkan kenyataan bahawa drama Indonesia, jauh lebih baik. Kenyataan berani itu telah menarik perhatian ramai, termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zes Zaidi, sehingga menimbulkan perang di laman sosial Twitter.
Ps: Malangnya, ada sorang lagi minah tu masih jugak tak sedar diri. Masih lagi nak riak dan meninggi - ninggikan diri. Bila Si Ostazah Pening tu nak sedar tak tau la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.