Alahai... kesian pulak tengok Si Jambu Kaki Fitnah sorang ni ye. Dah jadi buta pulak dia rupanya. Apa yang ada depan hidung pun dia tak nampak.
Mungkin inilah balasan Allah kepada dia sebab suka sangat tabur fitnah yang bukan - bukan ni ye tak. Apa ada depan mata, dia tak perasan lansung.
Dia kata, puak - puak Pakatan tu tak de terima dana untuk buat Himpunan Shamshidar tu. Kata dia, kalau dapat dana, diorang semua dah pakai Mercedes.
Kot kalau diorang semua pakai Mercedes, macam mana pulak diorang nak bayar elaun budak - budak yang datang ke Himpunan tu? Dah tentu - tentu la duit habis.
Tapi, itu tak kisah la kan. Memang la dikalangan puak - puak Pemimpin Pakatan Pembangkang tu tak pakai Mercedes. Diorang pakai kereta lain.
Kita ambik contoh Si Mak Lampir tu cukup la. Dia sorang je ada sampai 6 bijik kereta. Diulangi 6 BIJIK KERETA!!! Bukan satu dua. Pun Si Rafizi Jambu tu tak nampak ke?
Macam mana seorang pemimpin Pakatan yang baru jadi wakil rakyat selama 4 tahun boleh pakai sampai ENAM BIJIK KERETA? Pun tak kaya jugak?
Kalau nak kata kereta tu semua dia beli sebelum dia jadi wakil rakyat tak logik. Info cukup kata Si Mak Lampir tu beli selepas dia jadi wakil rakyat.
Lagi pun, macam mana pulak seorang penjual buah macam Si Mak Lampir tu mampu untuk beli sampai ENAM BIJIK KERETA? Kan tak logik tu.
Tambahan pulak, kalau pendedahan yang dibuat sebelum ini tidak benar, kenapa Si Rafizi Jambu tu tak saman je orang yang buat pendedahan tu? Setakat cakap je apa barang!!!
Jadi, tak payah la Si Rafizi ni nak mengarut benda yang bukan - bukan. Dah memang terang - terang puak - puak Pakatan tu dapat dana dari luar. Kalau tidak, mana pulak datang duit tu semua? Takkan la turun dari langit pulak kot!!!
SHAH ALAM - "Kalau demonstrasi ini mengayakan pembangkang dan Pakatan Rakyat, kami semua patut sudah pakai Mercedes."Demikian kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjawab dakwaan bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Hidayat bahawa demonstrasi mengayakan parti pembangkang apabila dana asing mencurah masuk bagi membiayai aktiviti menentang Barisan Nasional (BN).Kata Rafizi, dakwaan itu sama sekali tidak berasas sama sekali.Rafizi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut sambil mencabar Shamsul mengemukakan bukti yang kukuh jika dakwaan itu benar."Soal wang masuk itu tidak berasas, kecuali dia ada bukti, dia boleh tunjukkanlah, kalau setakat bukti SMS, suruh kutip duit itu tak boleh dilayan."Kalau demonstrasi ini mengkayakan pembangkang dan Pakatan Rakyat, kami semua patut dah pakai Mercedes, kaya raya sebab semua setiap kali buat demostrasi, dapat dana mencurah-curah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.