Hah!!! Ni apa cerita pulak ni? Siapa pulak yang nak main nyorok - nyorok dalam bilik tu? Apa yang diorang dah buat sampai terpaksa menyorok begitu sekali?
Inilah masalahnya dengan orang zaman sekarang ni. Tak de penyakit, cari penyakit. Dah dapat penyakit, tak nak pulak mengaku.
Tau pulak dia tak nak mengaku ye. Tau pulak dia takut kantoi malu dengan peminat. Sebelum dia buat tu, tak terfikir ke semua benda tu?
Nasib baik la pihak media ni masih lagi ada hati perut dan tak nak dedahkan identiti orang yang berkenaan. Kalau tidak, malu weh!!! Tak pasal - pasal je satu keluarga yang kena tanggung. Lain kali, sendiri bikin, sendiri tanggung la. Jangan menyusahkan orang lain!!!
PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.