Pergh!!! Nampak gayanya, kehebatan mereka memang luar biasa. Sampaikan skandal hangat macam ni pun boleh mengalahkan Si Neelofa tu dibuatnya.
Kalau Semut jadi Neelofa tu, dah tentu - tentu Semut pun malu. Tapi dalam masa yang sama rasa bersyukur sebab tak de skandal macam ni.
Cuma bezanya Si Neelofa dengan puak - puak Haramjadah ni ialah diorang tak berani mengaku kata semua tu adalah benar.
Diorang hanya berani buat dakwaan konon kata ini semua perangkap. Tapi, bila orang dedahkan bukti kebenaran tu, baru la masing - masing tercengang - cengang macam orang bodoh. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la woi!!!
Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP,PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.
Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.
Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya Ngah Kor Ming.
Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.
Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan.Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura, kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali, balik-balik hanya pandai gadai, pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak.
Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak. Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah.
Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga.
Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.