Alahai!!! Apa nak jadi dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni ye. Hari - hari tak de kerja lain ke yang diorang nak buat. Asyik menipu je kerjanya.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah memang itu je la kerja diorang pun. Tak cukup dengan pemimpin, pencacai - pencacai dia pun ikut tumpang sekaki.
Ini la masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bila di bagi amanah, diorang menipu. Itu ke contoh kepimpinan yang perlu diwarisi buat anak cucu kita nanti?
Apa yang kita risau, bukan salah staf pejabat ADUN tu. Tapi ada tangan ghaib disebalik kes tersebut. Mana la tau ye tak. Diorang pun bukan boleh percaya sangat.
Sebab isu seumpama ini bukan pertama kali berlaku. Dah banyak kali dah. Dan setiap kali ianya didedahkan, ada aje orang lain yang jadi kambing hitam. Jadi harap - harap kali ni, staf tu tak la jadi kambing macam yang lain!!!
Subang Jaya: Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini, diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin.Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.
“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Teoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.
“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.