Halaman

Selasa, Januari 15, 2013

'TEPAT DARI SUMBER FITNAH' TETAP DISAMAN!!!


Hehehe... Memang patut sangat la diorang ni kena saman sebab sumber diorang main petik ikut sedap hati je. Bukannya diorang rujuk dari mana - mana sumber yang sah pun.

Dah la diorang sekarang main ikut telunjuk puak - puak Syiah. Lepas tu kantoi buat fitnah pulak. Esok lusa, apa pulak cerita yang diorang nak keluarkan?

Herannya bila puak - puak Pakatan Pembangkang tu sering menuduh media arus perdana dimanipulasikan oleh parti Politik tertentu. Tapi yang diorang buat tu apa pulak?

Isi kandungan dalam Haprak Daily tu tak dimanipulasikan oleh mana - mana parti Politik ke? Takkan la itu pun diorang tak nampak.

Tambah mengecewakan ialah apabila isi kandungan dalam akhbar Pro Pakatan tu hanya sarat dengan isu - isu Politik Kebencian semata - mata.

Pun diorang masih nak mendabik dada kata akhbar diorang tu la yang paling bagus dalam dunia? Apa, dah tak de kerja lain ke yang diorang fikirkan?

Takkan la diorang nak sumbat rakyat ni dengan cerita Politik yang berunsurkan fitnah je sepanjang masa. Isu lain macam mana pulak? Adakah isu lain tu tak penting?

Isu pasal sukan, pasal ekonomi, perkembangan sosial dan sebagainya. Semua tu tak penting ke bagi mereka? Jawapannya tidak. Semua tu tak penting. Yang penting Politik.

Itu pasal la diorang sanggup suruh ahli - ahli diorang tangguhkan ibadah Haji untuk menghadapi Pilihan Raya Umum sedangkan ibadah Haji tu Rukun Islam yang terang dan nyata. Jadi, kalau bab itu pun diorang boleh remehkan, inikan pulak benda lain!!!
PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said boleh menyaman Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS serta akhbar parti itu, Harakah, berhubung satu artikel berunsur fitnah berkaitan pembelian pakaian seragam sekolah dan alat tulis di negeri itu.
Panel tiga hakim dianggotai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara membenarkan rayuan Ahmad bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan beliay sebagai pihak dalam saman itu.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Hishamudin berkata tindakan membatalkan plaintif kedua sebagai pigak dalam saman itu tanpa perbicaraan penuh adalah pramatang.
Beliau kemudian memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan di depan hakim lain.
Hakim Mohd Hishamudin turut menetapkan 23 Jan sebagai pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan menerima hujah peguam Abu Bakar Jais yang mewakili Ahmad bahawa sebagai penjawat awam, beliau boleh memfailkan saman fitnag dalam kapasiti rasminya sebagai Menteri Besar.

1 ulasan:

  1. Orang PAS dah menganggap Harakah tu macam kitab. Semua yang keluar dalam Harakah tu depa semua angguk-angguk. Itu pasal parti dia orang tu namanya Parti Angguk Saja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.