Halaman

Isnin, Februari 18, 2013

ANAK PEMIMPIN PEMBANGKANG DICEKUP???

 
Kegembiraan 38 lelaki dan wanita ketika mengadakan pesta liar serta mengambil dadah di sebuah kondominium mewah di ibu kota membawa padah apabila ditahan dalam satu serbuan, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi, 26 lelaki dan 12 wanita berusia 18 hingga 31 tahun ditahan ketika leka berseronok di sebuah unit di tingkat 18 kondominium yang terletak di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, dengan 22 daripadanya positif dadah dan enam orang pula memiliki dadah.

Ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka dikatakan berada di premis terbabit dan asyik bersuka ria menikmati alunan muzik ala disko.

Dalam serbuan itu juga, polis merampas sejumlah dadah jenis ganja, pil Estacy dan Eramin 5.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kondominium mewah itu disewa pada harga RM800 antara RM1,000 semata-mata untuk mengadakan parti lalok.
Ps: Huh! Benda ni akan jadi tak pelik bila puak - puak Pakatan Pembangkang tu memerintah nanti. Berita macam ni kita takkan dengar dah.

Kalau pun ianya berlaku, dah tentu - tentu Rejim Pakatan tu akan ambik tindakan terhadap pihak yang buat serbuan dan mengenakan mereka sekatan.

Dan orang yang buat laporan serta menyiarkan berita mengenai serbuan tu nanti pun bakal berhadapan dengan tindakan serta kecaman.

Sebab dalam perundangan baru yang bakal dibuat oleh Pakatan tu melarang mana - mana pihak membuat serbuan dipremis - premis peribadi tak kira atas sebab apa sekali pun.

Alasan yang diberikan oleh mereka ialah sebab ianya dibuat dalam tempat tertutup dan bukan ditempat awam. Kiranya, kalau berlaku maksiat pun, tak de orang boleh halang.

Waima buat pesta seks ke, pesta dadah ke, semuanya bakal dihalalkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu nanti. 

Kot kalau korang nak tengok keadaan tu jadi macam tu nanti, boleh la sokong puak - puak Pakatan Haramjadah. Tapi bila dah bersepah bohsia, dah banyak anak haram yang dilahirkan, jangan salahkan orang lain pulak!!! - seterusnya...

2 ulasan:

  1. maksiat yg berlaku skang ni n selama 50thun sapa yg memerintah? kami nk tukar pemerintah skang ni sbb nk tgok pemerintah baro mcmana....klu xbaik juga 5thun akn dtg kami tukar la balik. yg betul tetap betul n salah tetap salah.

    BalasPadam
  2. Wei kera....org ni lalok mu saloh ke BN... Mu memang kera lah....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.