Halaman

Ahad, Februari 17, 2013

BERCERAI SEBAB IKUT NAFSU!!!


Sesebuah perkahwinan tu biasanya terbina atas nama CINTA. Mungkin sebab itu ada pepatah Melayu yang menyebut, 'Tak Kenal, maka Tak Cinta'.

Tapi, ada jugak perkahwinan yang hanya berlandaskan nafsu semata - mata. Kebiasaannya, perkahwinan macam ni la yang senang bercerai - berai.

Namun, tak ada lagi kes dalam Malaysia ni yang bercerai akibat nafsu berlaku tanpa melalui Mahkamah. Cuma perkahwinan yang satu ni sahaja.

Pun, punca mereka bercerai adalah disebabkan nafsu yang mana kedua - dua pihak terlalu taksub nak berkuasa. Bila nafsu tu dah menguasai jiwa, buat apa pun memang dah tak boleh. Penyudahnya, kita jugak la yang sengsara!!! Kita jugak yang jadi mangsa!!!
Sepang: “Perkahwinan itu (kerjasama antara PAS dan DAP) dah gagal, hubungan mereka tidak kukuh. 
Setiap hari ada masalah walaupun pemimpin kedua-dua parti kata boleh bekerjasama, kalau jadi begini macam mana hendak duduk diam dalam satu rumah dan ia bukan satu idea yang bagus,” kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim.
Menurutnya, PAS dan DAP berhadapan dengan konflik yang sangat serius membabitkan isu agama dan menganggap hubungan kedua-dua parti itu hanya bertujuan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Contohnya kalau PAS sebut mengenai hukum hudud, (Pengerusi DAP) Karpal Singh kata ‘over my dead body’ (langkah mayat saya dulu), sedangkan hukum hudud tumpuan utama PAS.

“Tetapi Karpal ketuk juga PAS, memang mereka ada masalah besar bukan saja mengenai hukum hudud, tetapi turut bercanggah pendapat mengenai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang PRU-13. 
“Mereka main wayang kulit, macam matlamat merampas Putrajaya. Mereka seolah-olah berlari sambil mengikat kaki, seorang tarik sana, seorang tarik sini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Salak Tinggi dekat sini malam tadi.
“Kita kena fikir betul-betul kerana ia akan menjadi ujian paling kritikal, (adakah kita) berani menyerahkan kerajaan kepada orang ini, mereka sudah terlalu lama dalam pembangkang, otak pun sudah beku,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.