Halaman

Ahad, Februari 17, 2013

MALANG HADI AWANG DI MARANG!!!


Korang ingat lagi tak kisah Si Hadi Awang ni nak angkat kaki dan bertanding di Pekan tak berapa lama dulu? SH pasti korang mesti ingat ye tak sebab cerita tu memang panas.

Tapi, sekarang apa dah jadi? Sekarang cerita tu dah jadi basi sebab terang - terangan orang di Pekan takkan terima Si Hadi Awang tu. Konfirm dia akan kalah.

Ramai diantara pemerhati Politik menyatakan bahawa hasrat Si Hadi Awang tu sebenarnya hanay untuk membunuh diri dalam Politik. Itu je tujuan dia.

Mana tidaknya. Dia sendiri memang dah sedia maklum dengan situasi serta senario tersebut. Dia sendiri dah tau bahawa tindakan itu hanya dianggap 'Political Suicide'.

Tapi, hasrat Si Hadi Awang tu dihalang oleh beberapa pemimpin PAS sendiri, kecuali Si Pak Berahim. Hakikatnya, Pak Berahim yakin Hadi Awang takkan berani nak ke Pekan.

Mungkin disebabkan kebaculan pemimpin - pemimpin Pakatan nak mencuba nasib di Pekan membuatkan budak - budak hingusan GM13 tu mengambil tindakan paling bodoh.

Diorang pulak nak letakkan calon diorang untuk bertanding dikawasan tersebut. Yang kelakarnya, nak letak calon cari orang luar. Kenapa tak cari orang Pekan sendiri?

Persoalan asalnya, kenapa Si Hadi Awang tu sanggup nak tinggalkan kubu kuat dia di Marang? Adakah dia sudah hilang keyakinan terhadap pengundi dikawasan dia sendiri?

Mungkin berita dibawah ni boleh memberikan kita sedikit penjelasan mengenai sebab kenapa Si Hadi Awang tu nak angkat kaki dari Marang. Dah la dia ditimpa malang baru - baru ni. Ditambah pulak dengan berita ni. Ibarat jatuh ditimpa tangga la jawabnya!!!
MARANG 16 Feb. - Seramai 80 pengikut PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan di sini keluar dari parti itu hari ini. 
Mereka terdiri daripada penyokong tegar dan golongan muda dari Bukit Berangan. 
Wakil mereka Ramli Abdullah, 54, berkata, mereka melihat Pas tidak konsisten dalam perjuangannya termasuk berhubung isu kalimah Allah selain pemimpin sedia ada gagal melaksanakan tanggungjawab. 
Sebaliknya, transformasi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dilihat lebih banyak membawa manfaat kepara rakyat, katanya yang sudah 35 tahun bersama Pas. 
Kawasan itu dikatakan merupakan kubu kuat Pas dan 90 peratus penduduknya pengikut PAS. 
Ahmad Aminuddin Ramly, 28, pula berkata, golongan muda mahukan pembangunan dan perubahan namun Pas gagal melaksanakannya. 
"Anak muda mahukan perubahan dan pembangunan, tetapi Pas tidak dapat melakukannya, sebaliknya hanya menyemarak pergeseran dalam masyarakat," katanya. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengalu-alukan pendirian mereka dan yakin kehadiran mereka dapat menguatkan lagi BN. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.