Halaman

Isnin, Februari 18, 2013

MERAH MUKA SI NURUL IZZAH DIBUATNYA!!!


Hehehe... memang patut sangat Si Nurul Izzah ni nak merah muka bila dia baca berita dibawah ni sebab berita ni kena tepat pada muka dia sendiri.

Selama hari ni, Si Nurul Izzah tu terasa yang diri dia dah banyak sangat berjasa kepada rakyat. Tapi hakikatnya, satu hapah pun dia tak buat.

Semua yang dia 'terasa' dia buat tu sebenarnya hanya dalam mimpi dia je. Bukannya dalam dunia realiti. Bila kena sepak macam ni, baru la dia sedar sekali sekala!!! Tu pun masih tak kadar ke diri. Masih jugak dia nak tabur fitnah!!!
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Masyarakat di Wilayah Persekutuan diingatkan supaya berwaspada dengan mereka yang suka memecah-belahkan masyarakat dengan menabur fitnah serta janji kosong.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata terdapat segelintir orang yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka mendapat kuasa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
“Berwaspadalah dengan mereka yang suka mengapi-apikan masyarakat untuk memecah-belahkan seluruh negara,” katanya ketika ditemui pada majlis Kenduri 1Wilayah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di padang Projek Perumahan Rakyat Kerinchi di sini hari ini.
Raja Nong Chik turut berkata pihak itu juga telah banyak memungkiri janji yang pernah mereka taburkan dahulu.
“Mereka tidak mengotakan janji yang pernah mereka taburkan dulu, tanyalah mereka apa yang telah mereka lakukan untuk penduduk Wilayah Persekutuan khususnya di Parlimen Lembah Pantai,” katanya.
Raja Nong Chik turut mengingatkan rakyat bahawa Barisan Nasional tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak mampu dilakukan tetapi sentiasa berusaha dan melaksanakan segala yang perlu untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat seluruh negara.
Ketika ditanya mengenai pemasangan bendera parti politik sebelum PRU-13 beliau berkata: “Pemasangan bendera parti politik tidak salah, asalkan mereka tidak mengganggu ketenteraman awam serta tidak menggugat keselamatan awam seperti menghalang lalu lintas dan menghadkan penglihatan di jalan raya,” katanya. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.