Hah! Amacam? Berani tak Si Ketua Penipu tu nak ambik tindakan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Tun Daim sejak kebelakangan ini?
Adakah dia hanya akan mengambil sikap berdiam diri sedangkan dibelakang tabir, Si Ketua Penipu tu katanya tengah menggelupor tak tentu arah?
Nah!!! Kemungkinan besar Si Ketua Penipu tu takkan berani ambik tindakan terhadap orang seperti Tun Daim melainkan dia memang dah betul - betul sewel.
Dari apa yang difahamkan, Si Ketua Penipu tu memang cukup takut dengan 'Think Tank' Tun Daim. Apa pasal dia takut, tak pasti la pulak.
Tapi, yang pastinya, ia ada kaitan dengan 'pemain - pemain' ekonomi dunia. Dan mungkin jugak Tun Daim ada hubungan rapat dengan mereka.
Korang bayangkan la. Masuk hari ni dah tiga hari kenyataan Tun Daim ni berlegar - legar dalam ruangan siber. Tapi, Si Ketua Penipu tu masih mendiamkan diri.
Kalau dengan orang lain, tak sampai 24 jam, dah ada pencacai - pencacai Pakatan tu yang keluar dengan penafian terhadap pendedahan yang dibuat.
Tak kurang jugak dengan tindakan drastik yang biasa dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu. Pagi keluar isu, petang dia dah failkan saman.
Tapi, dalam pendedahan yang dibuat oleh Tun Daim ni, kenapa tak de sebarang respon dari puak - puak Pakatan Haramjadah tu? Setakat berani saman anak ikan bilis apa barang brader!!! Buat mengabihkan masa. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
SHAH ALAM: Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendalangi rusuhan dan tunjuk perasaan jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Mantan Menteri Kewangan itu berkata Anwar sudah pun menguar-uarkan kepada dunia bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan baru “walaupun beliau sendiri tahu (Pakatan) tidak akan menang.”Jika kalah, Anwar “akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring di sini (dengan) menghasut rakyat (untuk) merusuh di jalanan bagi mendapatkan balik undi mereka,” kata Daim.“Ini akan menimbulkan huru hara. (Tetapi) beliau tidak peduli kerana cita-citanya (menjadi Perdana Menteri) mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka berada di pihak sama,” tambah Daim.Daim dilihat sebagai menteri kewangan yang paling berpengalaman di dalam Kabinet Tun Mahathir Mohamad sebelum bersara daripada politik untuk menceburi semula bidang perniagaan.Daim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang terlalu taksub untuk memegang kuasa."Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.