Halaman

Isnin, Mac 25, 2013

ELI WONG DAKWA KHALID GAGAP PENIPU???


Kerajaan Selangor menepis spekulasi bahawa hari ini sebagai hari terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan sebelum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Exco Selangor Elizabeth Wong berkata, mesyuarat yang diadakan hari ini merupakan rutin perbincangan biasa memandangkan banyak urusan yang perlu diselesaikan.

“Ini bukan mesyuarat Exco terakhir. Kami masih menjalankan pentadbiran negeri seperti biasa,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini hari ini.

Desas-desus timbul apabila rutin mesyuarat Exco yang sepatutnya diadakan pada setiap Rabu dianjak kepada hari Isnin ini dikatakan bagi membincangkan proses pembubaran DUN termasuk hal kerajaan sementara.

Ini bagi membolehkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu ini untuk mendapat perkenan pembubaran DUN.

Ditanya kesahihan sumber tersebut, Elizabeth bagaimanapun berkata perkara itu sudah menjadi isu berbangkit sejak tiga bulan lalu setiap kali barisan Exco bermesyuarat.

“Bila tiba masa yang sesuai kita akan bubar dan akan beritahu rakyat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu berkata, barisan Exco akan mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) seperti biasa pada lusa.

Abdul Khalid sebelum ini pernah mengumumkan untuk membubarkan DUN selepas sambutan perayaan Chap Goh Meh hujung Februari lalu bagi membolehkan mereka mengadakan pilihan raya berasingan dengan Pusat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun enggan akur kepada desakan kerajaan Selangor, sebaliknya berkeras mahu adakan pilihan raya Parlimen dan DUN serentak.

Ps: Kejap nak bubar, kejap tak jadi. Apa punya main wayang da puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Kalau nak bubar tu, bubar je la!!! Tak payah la cakap banyak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.