Halaman

Ahad, Mac 31, 2013

GUANG ENG PERLUKAN KALKULATOR PALING BESAR!!!



DAPigs  adalah parti yang tidak berkebolehan. Noktah. Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.  Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya.  

Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi  yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu.  

Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit?   

Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAPigs tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula.  

Nampaknya, segala cakap-cakap besar Si Guang Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.  

Mengimbas pemilihan CEC, DAPigs memberi alasan bahawa komputer telah 'mengsabotaj' mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang.  

Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAPigs sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.  

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer. Ini kerana DAPigs tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut.  Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer. 

Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ computer itu, maka ‘manusia’ hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu.  Itu saja. 

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut?

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan ‘Terry’ yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip?  

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap.  

Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO!!!

Ps: Jangan pulak nanti diorang tunding jari dan tuduh komputer tu dibuat, dikilang dan dihantar oleh UMNO pulak. Kalau tidak, macam mana komputer tu boleh 'mengsabotaj' diorang!!!

1 ulasan:

  1. Hik hik hik. Kira undi parti pun salah. Kira kos projek pun salah. Kira wang rakyat banyak pandai. Betul ke salah? Tapi dalam parti kena ada sedare mare anak bapak duduk pangkat besar. Ini tatak salah kire punya. Nanti sula dapat kuasa, bole makan busat woo, pokol keliling.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.