Halaman

Khamis, Mac 28, 2013

NURUL NUHA DIANGGAP LIABILITI PKR???


Adakah benar PKR bakal menurunkan anak perempuan Si Ketua Penipu tu untuk menjadi calon yang bertanding dikerusi Permatang Pauh?

Desas desus hangat ini mula menjadi buah mulut dikalangan penyokong - penyokong Pakatan terutama bagi ahli - ahli PKR sendiri dikedai kopi.

"Sekiranya perkara tersebut benar - benar menjadi kenyataan, bermakna PKR hanya menyusahkan diri mereka sendiri," kata seorang penyokong PKR malam semalam.

Ini disebabkan pandangan rakyat akan terjurus kepada amalan Nepotisme yang menjadi kebiasaan buat keluarga Si Ketua Penipu tu Sendirian Berhad.

Tak kira la dimana tempat sekali pun yang akan ditandingi oleh Si Nurul Nuha tu nanti, sudah pasti rakyat akan mengaitkannya dengan isu tersebut.

Jika sebelum ini, dalam satu wawancara bersama media antarabangsa, Si Ketua Penipu tu pernah kantoi menjawab soalan mengenai Nepotisme ni.

Dia dengan jelas menafikan perkara tersebut menjadi amalan dalam PKR namun tidak dapat menjelaskan kenapa isteri dan anaknya memegang teraju utama parti.

Persoalan dari wartawan media antarabangsa tu berjaya membuatkan Si Ketua Penipu terkedu dan tergamam seketika membuktikan bahawa dia sudah terperangkap.

Maka, persoalan itu jugak lah yang bakal menjadi tanda tanya kepada ahli, "Adakah PKR cuba nak membunuh diri dengan menempatkan Nurul Nuha di Permatang Pauh?"

"Bukan ke sebelum ini sudah ada seorang ahli PKR yang tampil secara terang - terangan mengakui kelemahan dari segi kepimpinan Kak Wan dan Nurul Izzah?"

"Mereka didakwa kurang memiliki kredibiliti untuk memberikan sebarang manfaat kepada parti. Disebabkan itulah desakan demi desakan dari akar umbi dapat didengar hari ini."

"Rata - rata ahli PKR sendiri menyedari bahawa hakikatnya Kak Wan dan Nurul Izzah hanya menjadi liabiliti kepada parti. Ini nak ditambah pulak dengan Nurul Nuha?"

Nah!!! Demikian persoalan yang bermain dalam kotak fikiran penyokong - penyokong Parti Kencing Rakyat tu sendiri. Diorang pun mula rasa tertekan.

Dah la nak mengadap isu skandal seks Si Ketua Penipu tu satu hal. Nak ditambah pulak dengan isu Nepotisme ni lagi la buat hati diorang bengkak.

Tapi apa boleh buat. Dah nasib diorang la dapat pemimpin yang suka menyusahkan orang. Setakat bercakap tu memang pandai. Tinggal lagi, nak menyenangkan kerja orang jangan harap la. Inikan pulak kalau nak membantu rakyat. Lagi diorang tak mampu nak buat!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.