Halaman

Jumaat, Mac 29, 2013

PAKATAN TERDESAK, JUAL GAMBAR PEMIMPIN UMNO!!!

Halahai!!! Kesiannya puak - puak Pakatan Haramjadah ni ye. Punya la diorang ni terdesak sangat - sangat sampai terpaksa jaja gambar pemimpin UMNO.

Gamknya, kalau letak gambar pemimpin diorang, ceramah tu tak laku kot. Maklum la, pemimpin diorang kan semuanya 'Anti Anggota Keselamatan'.

Jadi, kalau letak gambar diorang je, mana ada orang nak datang dengar ceramah tu. Setakat yang datang tu nyamuk dengan langau buat apa ye tak.

Tu pasal la diorang 'Terpaksa' jugak jual gambar pemimpin UMNO ni. Tapi yang kelakarnya diorang boleh bagi alasan 'teknikal' Kononnya gambar tu tersalah letak.

Hek eleh!!! Diorang nak tipu sapa sebenarnya ni? Diorang nak tipu budak sekolah tadika ke? Takkan la benda semudah itu pun diorang tak tau kot. 

Korang fikir la ye. Kalau kesilapan macam tu pun diorang boleh salahkan 'Teknikal' inikan pulak kesilapan lain yang diorang akan buat kelak sekiranya diorang dapat memerintah. Kot tergadai la Malaysia ni nanti, takkan diorang nak salahkan 'Teknikal' jugak kot!!!
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu. 
"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya di sini. 
Syed Ali melahirkan rasa kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini. 
Beliau berkata poster itu turut dipaparkan dalam laman sesawang pahangdaily.blogspot.com. 
"Sesungguhnya saya, secara sedar atau tidak, tidak ada kaitan dan tidak pernah terbabit dalam apa jua program anjuran pembangkang khususnya PKR Pahang, kerana jiwa dan perjuangan saya adalah untuk Umno, Barisan Nasional (BN) dan Malaysia," katanya. 
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu perbuatan khianat, sabotaj dan berniat jahat bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan kredibilitinya selaku pemimpin politik dan ketua Umno Bahagian Cheras serta setiausaha badan perhubungan Umno/BN Wilayah Persekutuan. 
"Perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab itu pada hemat saya, jelas bermotifkan politik dengan sengaja melakukan hasutan, provokasi dan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan anggota Umno dan BN khususnya ketika bahang pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.